“Zaman sekarang viral lebih penting…” – Budak Parah Kena Langgar Lari, Tapi Tak Ada Siapa Cuba Tolong?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Inilah yang orang kata berhambakan media sosial. Mana tidaknya, tak kira apa kejadian berlaku depan mata, handphone dulu dikeluarkan dan terus rakam atau ambil gambar. Sebab apa? Nak viralkan!

Melalui satu posting di Facebook group, netizen masing-masing marah dan tak puas hati dengan sikap individu yang rakam kejadian kemalangan di Sibu, Sarawak baru-baru ni.

Sumber: Facebook
Difahamkan, seorang bapa dan anak perempuan dia terlibat dalam satu kemalangan di lampu isyarat Rejang Park, Jalan Persiaran Brooke pada 1 Januari 2019. Dalam kejadian jam 6 petang tu, mereka yang menaiki motosikal kena langgar lari oleh sebuah van.

Akibat kemalangan tu, kanak-kanak perempuan tu mengalami kecederaan parah dan bapanya mengalami cedera ringan. Beberapa buah video dan gambar di tempat kejadian tersebar di Facebook menunjukkan si bapa meriba anak perempuan dia sambil terduduk atas jalan raya. Anak dia pula dah tak sedarkan diri dan mereka dipercayai sedang menunggu ketibaan ambulan.

Sumber: Facebook
Tapi, menurut pengikut Facebook group tu pula, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dan bantu bawa mereka ke hospital memandangkan ambulan mengambil masa nak tiba dekat lokasi kemalangan.

Dalam video tu pun, korang boleh nampak yang si bapa tengah pegang handphone dan cuba hubungi seseorang, mungkin nak maklumkan pada ahli keluarga. Kereta dan orang awam yang lalu lalang dekat kawasan tu, tak ada yang berhenti atau cuba nak tolong.

Melalui satu posting, kedua-dua beranak ini dikatakan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan namun tidak dipastikan menggunakan ambulan atau dengan bantuan orang awam. Tapi, netizen masing-masing bengang dengan sikap orang awam yang lebih pentingkan nak rakam dan viralkan daripada cuba membantu.

 

Sumber: Facebook

Punca sebenar kemalangan masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan manakala pemandu van yang melarikan diri tu pula kini sedang diburu pihak polis.

Dah masuk tahun 2019 ni, harapnya kita semua lebih prihatin dan bijaklah ketika dalam sesuatu situasi. Jangan asyik fikir nak viral je, kan lebih baik kalau hulurkan tangan membantu….

Baca: Tak Tolong, Lelaki Mati Disembelih Rakan di Tempat Awam Tapi Orang Ramai Cuma Rakam Kejadian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!