“Zalim kalah Firaun!” – China Dituduh Bunuh Muslim Uighur Di Kem Tahanan & Ambil Organ Untuk Dijual

Kita semua sering dengar tentang berita saudara-saudara kita di China yang sering ditindas oleh kerajaan di sana dengan tak bagi dorang mengamalkan ajaran Islam.

Tapi kalau korang nak tahu, kerajaan dekat sana bukan je tindas orang Islam tau. Penindasan yang sama macam dikurung, diseksa dan dibiarkan kelaparan juga dilakukan terhadap beberapa agama dan etnik minoriti di sana.

Menurut IndependentUK, Majlis Hak Asasi Manusia Negara Bersatu telah diberitahu yang kerajaan Cina telah mengambil dan menjual organ orang-orang dari agama dan etnik minoriti.

Menurut peguam, Hamid Sabi, dia mengatakan yang mahkamah China telah membuktikan yang kerajaaan China telah melakukan kekejaman ini selepas mendengar bukti dari penyiasat, pakar perubatan dan saksi.

Hamid Sabi memberitahu tentang kekejaman ini kepada Majlis Hak Asasi Manusia supaya ahli Negara Bersatu dapat menunaikan kewajipan mereka menghalang kerajaan Cina dari terus melakukan kekejaman ini.

Sumber: twentytwowords.com

Mahkamah China memutuskan bahawa terdapat bukti-bukti jelas yang China telah mengeluarkan organ dari ahli-ahli Falun Gong (agama minoriti di China) sejak 20 tahun lalu dan ia masih terus berlaku hingga hari ini.

Tahanan telah dipotong semasa mereka masih hidup untuk mengambil buah pinggang, hati, jantung, paru-paru, kornea dan kulit untuk dijual.”

Mahkamah juga mengatakan yang ada bukti menunjukkan kerajaan di sana telah membuat perkara yang sama pada tahanan Muslim Uighur, etnik Tibetan dan beberapa pengganut Kristian.

Macam yang korang tahu, kempen kerajaan China mengurung dan menahan lebih dari sejuta Muslim Uighur di kem tahanan telah mendapat pelbagai kecaman dari seluruh dunia.

Mahkamah telah mendapat bukti yang mereka telah jadikan tahanan-tahanan di sana sebagai bank organ dan subjek untuk cuba perubatan baru.

Kerajaan China pula berulang kali menafikan yang mereka telah mengambil organ secara paksa dan mereka telah hentikan penggunaan organ dari banduan sejak tahun 2015. Mereka menuduh Mahkamah China yang bertapak di London ini telah menyebarkan khabar angin.

Industri pemindahan organ dijangkakan telah memberi China keuntungan sebanyak lebih RM4 billion setahun!

Disebabkan kekejaman ini, beberapa negara seperti Itali, Sepanyol, Israel dan Taiwan telah menghalang rakyat dorang untuk pergi ke China bagi menjalankan pembedahan pemindahan organ.

Orang Cina di Malaysia Turut Mengutuk Kekejaman Ni

Bukan kita je sebagai orang Islam yang marah dan terkesan dengan tindakan ni, tapi orang Cina di Malaysia juga turut memberikan pandang dorang yang tak setuju dengan tindakan terkutuk ni.

Kejam teruk dorang ni. Melampau.

 

Baca: “Tak boleh puasa dan masuk masjid” – China Larang Muslim Di Xinjiang Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson