in

“Tak boleh puasa dan masuk masjid” – China Larang Muslim Di Xinjiang Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam kat seluruh dunia tak sabar menunggu ketibaan Ramadan yang bakal bermula pada Isnin depan. Tapi, bagi penduduk di Xinjiang, China, mereka mula merasakan ketegangan bila kerajaan mengeluarkan notis melarang umat Islam untuk berpuasa.


Kalau korang nak tahu, penduduk di daerah Xinjiang majoritinya adalah etnik Uighur yang beragama Islam. Pemerintah China, Parti Komunis adalah atheist dan dah bertahun-tahun melarang amalan agama di Xinjiang.

As Siap Sanksi China Terkait Muslim Uighur Tqe
Sumber: google

Menurut Aljazeera, satu notis telah dikeluarkan di laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah Xinjiang mengatakan restoran perlu beroperasi seperti biasa.

Servis makanan perlu beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan.”

Selain itu, pemerintah juga melarang penjawat awam, pelajar dan guru di daerah Xinjiang untuk berpuasa pada bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan, jangan berpuasa, berjaga untuk sahur atau sembahyang serta aktiviti beragama yang lain.”

Setiap tahun, cubaan pihak berkuasa untuk melarang umat Islam Uighur berpuasa di Xinjiang telah mendapat kritikan meluas dari kumpulan mempertahan hak umat Islam di sana.

Warga Muslim Uighur Yang Didiskriminasi Pemerintah China Demi Perangi Radikalisme
Sumber: google

“Matlamat China untuk melarang umat Islam berpuasa telah memaksa etnik Uighur untuk berpaling dari budaya Islam pada bulan Ramadan.

“Polisi melarang berpuasa ini hanya akan menimbulkan provokasi dan mendorong ke arah ketidakstabilan dan konflik.”

Seperti tahun-tahun lalu, aktiviti pelajar sekolah akan dipantau bagi memastikan mereka tak melalukan aktiviti keagamaan semasa bulan Ramadan.

Guru di sekolah perlu berkomunikasi dengan pelajar semasa bukan Ramadan dan pastikan mereka tak berpuasa, tak masuk masjid dan tak menghadiri apa-apa aktiviti keagamaan.”

Tak cukup dengan itu, pemerintah juga akan mengetatkan pemeriksaan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan “kestabilan sosial terus kekal”.

Aduh, kesian betul dengan umat Islam dekat sana yang ditindas macam ni. Harapnya mereka terus tabah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar.

 

Baca: Tragedi Hitam 1995: Kekejaman China Terhadap Banduan Islam, Tuai Organ Dari Badan Hidup-hidup!

Screenshot 2019 05 03 At 1.10.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.