in

“Your matrik certificate tak laku pun.” – Netizen Perlekeh Alumni Ini Kecewa Dapat Sijil Rosak

Janganlipat7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada perkara lain yang boleh menceriakan hati seseorang alumni selain daripada menerima sijil daripada pihak institut. Manakan tidak, setelah berhempas pulas sepanjang waktu pegajian sudah semestinya ingin melihat hasilnya.



Tapi sayang, bila ‘hasil’ yang diterima itu, dihantar dalam keadaan yang tak elok. Kesian alumni ini, kecewa bila sijil dan transkrip yang dia dapat melalui pos rosak. Ada hasil lipatan bahkan ada kesan kena air.

Lebih mendukacitakan lagi apabila ada netizen yang cuba memperlekahkan nilai kredibiliti institut tersebut. 

 

Sijil koyak & terkena air

Janganlipat Janganlipat2 Janganlipat3

“Hm korang buat dokumen aku rosak hm aku kena bayar nak sijil baru hm apa salahku korang tak reti membaca “JANGAN LIPAT”. Kalau lipat tapi tak koyak and tak kena air tu takpa lagi tapi apakan dayaaaa”

Kalau dilihat gambarnya pun kita sendiri mesti akan rasa sedih, ya lah sijil ini lah yang kita akan buat jadi koleksi simpanan kan? Dah penat-penat belajar tapi ini pula hasilnya.

Memandangkan perkongsian itu mendapat tumpuan netizen, sudah semestinya ramai yang mengecam cara pihak Pos Malaysia cuai dalam menjalankan tugas. Ya lah, dah terang-terang tulis kat situ suruh jangan lipat besar pula tu!

Bagaimanapun, pihak Pos Malaysia Berhad terpanggil dengan aduan yang disalurkan melalui paltform tersebut dan tampil memohon maaf.

 

Pos Malaysia mohon maaf.

Janganlipat4 1
Sumber : twitter

Tipulah kalau kita ni tak excited masa nak tunggu sijil sampai, mesti akan rasa macam segala hasil usaha keras selama ini berbaloi.

Tapi tu lah, ini pula yang diterima. Dah la kecewa dengan hasil yang diterima ada pula netizen yang nak underestimate tempat dia belajar pula.  Biadap! 

 

“If I were you. I tak buat baru” – Komen negatif netizen

Janganlipat5
Sumber : twitter

Hmmm, memang lah sijil tu sekadar kertas tapi nilainya tu yang penting, andaikata ‘tak laku’ sepertimana yang diaktakan oleh netizen ini, sekurang-kurangnya ia habuan buat wanita ini. Tak perlulah sampai nak kutuk tempat orang belajar.

 

Baca : Sijil kami sekadar kertas yang diniagakan ke?

Page 5

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.