in

“Sijil kami sekadar kertas yang diniagakan ke?”

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan graduan daripada universiti awam serta swasta, semakin ramai yang terpaksa menjadi penanam anggur berjaya di rumah. Walaupun dahulu lepasan pelajar pendidikan dijanjikan penempatan di mana-mana sekolah, tetapi kini mereka juga terpaksa menelan perasaan melihat sijil pendidikan mereka yang kian berhabuk tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.


Seorang graduan pendidikan tidak mahu terus berdiam diri dan mengambil langkah berani dengan membangkitkan isu ini kepada menteri bertanggungjawab seperti YB Syed Saddiq, Dr. Maszlee Malik dan lain lain menerusi akaun Twitternya.

Pen1 1

Pen22

Pen3 2
sumber: facebook

Individu tersebut menambah beliau sememangnya tak memilih kerja tetapi kebanyakan industri lain tak mengalu-alukan permohonan kerja daripada lepasan pendidikan kerana dikatakan kelayakan mereka tidak sesuai dengan kehendak syarikat. Macam tu pulak..

Dia menjelaskan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menjanjikan penempatan sebagai guru bermula dari 2013, namun begitu tak kan KPM mahu lepas tangan sahaja terhadap isu ini dan menyisihkan mereka dari menjadi keutamaan. Ramai antara lepasan pendidikan terpaksa bekerja sebagai pemandu bas, agen insuran dan buruh kasar sementara menunggu panggilan temuduga untuk penempatan guru. Alahaiii kesiannya…

Luahannya tidak tergantung sepi apabila YB Syed Saddiq membalas tweet tersebut dan berjanji akan membangkitkan isu itu untuk lebih perhatian. Cayalah YB!

Pen77
sumber: facebook

Bagus individu ini sebab dia tidak hanya bermuram durja seorang diri tetapi dia mengambil inisiatif untuk cuba mengubah nasib malangnya serta pelajar lepasan pendidikan yang lain. Harap-harap menteri bertanggungjawab tak terus pandang sebelah mata saja tentang isu besar macam ni sebab ramai yang terpaksa menganggur dan bekerja di luar bidang demi mencari sesuap nasi.

Harap Malaysia Baru dapatlah tangani masalah pengangguran yang dipandang sepi oleh Malaysia Lama. Uhukk!

Baca: “Kena Keluarkan RM50 Untuk Beli Borang?!” – Gadis Dakwa Expo Kerjaya Kedah Tipu Penganggur Untuk Kaut Wang

Pen9

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.