“You were such an amazing and talented cook” – Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia, Neelofa Kongsi Gambar Bersama Saudaranya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hampir setiap hari kita menerima berita kehilangan mereka yang tersayang di bulan mulia ini.

Kali ini, pemergian Chef Adam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail ditangisi oleh seluruh Malaysia termasuk selebriti Neelofa.

“This one is a memory for me..”

Dalam perkongsian di Twitter, Neelofa membuat satu posting khas memperingati saudaranya, Adam yang meninggal dunia pagi tadi.

Sumber: Twitter

Berita pemergian Adam dikongsikan sepupunya, Natasha Amran menerusi laman Instagram pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di usia 29 tahun semasa berada di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Uppre

You will always be in our prayers

Sementara itu, Neelofa juga sempat upload di Instastory gambar lama mereka semasa kecil.

Sedihlah tengok gambar tu, dahlah lebih kurang sebaya je umur masing-masing.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Arwah seolah-olah beri bayangan akhir

Tapi apa yang lebih menyedihkan, arwah seolah-olah memberi bayangan dalam salah satu posting terakhirnya di Instagram.

Antara ayat yang disebut Adam ialah:

“Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi”
Sumber: Instagram

Allahyarham mula dikenali ramai selepas dia menyertai sebuah rancangan masakan di TV3, selain rajin berkongsi resipi di Instagram sendiri.

Malah Allahyarham yang juga dipanggil sebagai Mamajee oleh anak-anak saudaranya, Mukhtar, Ali dan Fatimah selalu buat surprise untuk mereka seperti dikongsi di Instagram @thefamily.uk.

Baca: “Takda la resepi dari dia lagi lepas ni” – Chef Selebriti Menghadap Ilahi Pada Bulan Mulia

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.