in

“Ye cikb 15 tahun underage” – Buat Gimik Bercinta Untuk Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Netizen Bimbang Cik B Kena ‘Child Grooming’

Cik B Kahwin Aniq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak bergelar pelakon dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, nama Cik B sering menjadi sebutan ramai.


Penonton drama tersebut juga siap bagi respon positif lagi buat Cik B dan berharap satu hari nanti, anak kepada Dato’ Seri Vida ini akan mendapat role watak utama pula.

Pun begitu, semenjak dua menjak ini, admin perasan Cik B sering memuat naik gambarnya bersama pelakon Aniq Suhair yang di dalam drama tersebut memegang watak sebagai teman lelaki Cik B.

Dalam beberapa posting yang dimuat naik Cik B dan Aniq, mereka kelihatan seperti sedang bercinta. Fuh kemain Cik B… 

 

“Takut Cik B kena ‘child grooming'”

Tak pasti sama ada percintaan mereka hanya gimik atau betul-betul berlaku namun perkara ini kemudian menarik perhatian netizen yang merasakan tindakan Aniq rapat dengan Cik B adalah satu kesalahan kerana Cik B masih lagi bawah umur dan hanya baru berusia 15 tahun. 

Tambahan pula dalam episod terakhir drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan semalam, Cik B berlakon berkahwin dengan Aniq dan bersanding di atas pelamin.

Child

 

 

“Ye cikb 15 tahun underage… pastu yang korang kecam cikb macam korang tak sedar cikb umur 15 tahun bole plak?” 

Kesal dengan pelbagai komen yang dilemparkan netizen terhadapnya, Cik B kemudian memuat naik beberapa tweet untuk meluahkan perasaannya.

Menurut Cik B, dia faham dengan teguran dan penjelasan orang ramai mengenai usianya yang masih ‘underage’, namun dia tak faham kenapa masih ramai yang mengecamnya sedangkan mereka tak sepatutnya berbuat demikian kepada budak berusia 15 tahun.

Apa-apapun admin harap netizen janganlah mengecam Cik B keterlaluan sebab dia masih muda dan masih banyak yang perlu dia pelajari.

Macam manapun, admin yakin sekarang Cik B dah faham tentang isu yang diperkatakan netizen dan diharap mereka yang berada di sekeliling Cik B boleh protect remaja seusia Cik B ini daripada terjerumus dalam isu ‘child grooming’ dan lain-lain lagi.

Jangan stress-stress okay Cik B? 

Baca: “Dah macam level-level international” – Dapat Job Modelling, Gaya Cik B Buat Ramai Ternganga

B Good

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.