in

YDP Agong Gering, Majlis Mengadap Anwar Ibrahim Ditangguh – Istana Negara

Ydp Gering

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah telah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantung Negara selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.


Menurut Malaysia Gazette, hal itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Ydp1

Terbaru, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dan Al-Sultan Abdullah dilaporkan akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perbuatan di IJN.

Disebabkan itu, majlis mengadap Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa ditangguhkan ekoran kegeringan baginda.

Selain itu, baginda turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahterannnya dan turut menasihati rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan diri masing-masing serta mematuhi SOP ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan diminta untuk menganjurkan solat hajat malam ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda, lapor Malaysia Gazette.

Semoga YDP Agong sembuh dan diberi kesihatan yang baik.

Baca: [TERKINI] “Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh” – Sidang Media Khas Anwar Ibrahim

Anwar Ibrajhim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.