Baru bernikah pada 29 Jun lepas tetapi isterinya sudah selamat melahirkan anak pada September baru-baru ini. Namun, bekas vokalis band Indonesia, Killing Me Inside tidak menafikan isterinya disahkan hamil sebelum bernikah.
Malah menurut Onadio Leonardo, 29, dia dan isterinya, Beby Priscilia buat keputusan untuk berkahwin selepas dapat tahu tentang kehamilan itu, lapor Suara.
Jadi istri gue hamil duluan gue kawinin.”
Mereka tidak menafikan tentang ketelanjuran itu selepas berita anak mereka dilahirkan mengejutkan ramai orang terutamanya peminat industri hiburan di Indonesia.
Bayi lelaki pasangan ini telah selamat dilahirkan pada 28 September dan ketika ditemui wartawan baru-baru ini Onad akhirnya memberitahu semua tentang status anak luar nikah mereka.
Menurut Sosok, Onad juga akui tidak pernah berasa malu dengan kisah lampau itu dan baginya apa yang lebih penting adalah dia tidak ‘lepas tangan’ sebaliknya bertanggungjawab.
Begitulah ceritanya (hamil di luar nikah). Buat apa (malu). Semua orang sudah tahu.”
Mau gimana lagi. Yang penting gue tanggung-jawab sebagai laki-laki.”
Sementara itu, Onad akui sangat bahagia dengan isterinya itu apatah lagi selepas mereka menjadi ibu bapa kepada anak pertama mereka, Gianluca Leonardo.
Baca: “If you think Aliff Aziz changed, pls rethink again” – Artis Baru Bengang Jadi ‘Mangsa’ Aliff Aziz