in

“Ya rabbi kesiannya…” – Life Saving Sejak Tahun 2009 Lebur RM40,000 Lepas Akaun Bank Kena Hack!

Habis Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan… duit jerih perih korang yang disimpan hampir 10 tahun tiba-tiba lesap macam tu je tanpa korang tahu ke mana ia pergi. Kalau kena scammed dengan orang tu admin fahamlah. Tapi macam mana pulak kalau ia hilang macam tu je daripada akaun bank tanpa korang buat apa-apa?

Inilah yang dihadapi oleh seorang mangsa yang mana kisahnya viral di Twitter baru-baru ni. Menerusi perkongsian abangnya, akaun Maybank mangsa katanya kena hack dan RM40,000 hasil simpanan semenjak 2009 lebur macam tu je! 


 

“Account Maybank adik aku kena hack. Life saving dia sejak dari 2009 lebur 40k”

Tambah abang mangsa lagi, adiknya sudah membuat laporan polis mengenai kes ini. Walau bagaimanapun, pihak bank katanya menolak kemungkinan akaun tersebut telah di ‘hack’ dan mereka meletakkan kesalahan tersebut ke atas adiknya.

Adik 1

Ehfddiivaaa7H9

Adikkkk1

Ehijchzwwae
sumber: twitter

Dari sini korang boleh tengok dia dah tolak RM20,000 dua kali, so ia menjadikan RM40,000 kesemuanya.

 

“Pergi BNM bro bawak report polis” 

Disebabkan mangsa tak dapat kerjasama daripada pihak bank, rata-rata netizen mengesyorkan supaya mangsa ni terus buat laporan polis dan bawa hal ini kepada Bank Negara Malaysia.

Selalunya kalau dah bawa ke pihak BNM, kemungkinan untuk dapat semula duit yang hilang tu tinggi.

Report
sumber: twitter

 

“Aku tak berapa yakin nak guna Duitnow ni” 

Selain daripada bersimpati dengan nasib menimpa mangsa, rata-rata netizen juga meluahkan rasa curiga dengan aplikasi Duitnow yang katanya macam tak secure sangat. Emm min pun taktahu sebab tak pakai Duitnow ni lagi. 

Duitnow
sumber: twitter

Macam manapun, min harap kes ini dapat diselesaikanlah oleh pihak bank dan polis dengan segera. Banyak weh 40k tu… bukan sikit-sikit. 

Baca: “Scam cara baru” – Hati-hati Dengan Taktik Baru Scammer, Hantar Surat Mahkamah

Scammed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.