“Scam cara baru” – Hati-hati Dengan Taktik Baru Scammer, Hantar Surat Mahkamah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam setahun pasti sekurang-kurangnya anda akan mendapat panggilan daripada talian yang tidak dikenali yang menyamar sebagai pihak berkuasa tertentu. Kadang-kadang ada daripada kita yang tertipu dengan taktik sang scammer yang sangat teliti dalam perincian pengucapan mereka. Manakan tidak, sampai sekarang terdapat rekod yang membuktikan ramai yang telah terpedaya dengan mereka sehingga memindahkan sejumlah wang serta merta kerana perasaan takut dan apa yang dikatakan sang scammer seakan betul.

Scammer kini bukan sahaja tertumpu pada panggilan palsu, tetapi mereka bergerak satu langkah dengan menghantar surat. Andai dilihat sekali pintas, ia seolah surat sebenar dengan logo dan tandatangan dipamerkan.

Taktik baru

Namun begitu, selain ada yang terkejut dan percaya dengan surat tersebut, sebahagian daripadanya memberikan reaksi berkenaan format surat yang salah. Rupanya sekarang ni di akhir ayat sebelum cop rasmi dan tandatangan bukan lagi “Saya yang menurut perintah” tetapi “Saya yang menjalankan amanah”. Alamak nanti sang scammer dapat tahu, entah-entah ditukarnya format, susah pula kita nak detect.

Rupanya ada juga yang dapat surat seakan sama. Kalau min pun, [email protected] dapat surat ni cuak jugak. Terfikir kesalahan apa yang pernah dibuat.

Betul tu, kalau rasa panggilan atau surat tidak berkaitan dengan diri, baiklah terus membuat panggilan ke talian rasmi pihak berkuasa yang sepatutnya jika ada kemusykilan. Jangan pula dituruti sang scammer untuk terus menekan nombor-nombor yang diarahkan kerana setiap talian itu daripada orang-orang mereka juga.

Yang penting kenapa surat ni salah ialah paling kita dapat lihat apabila dinyatakan untuk “merahsiakan kes jenayah”. Dia pula yang minta tolong untuk rahsiakan, baik sungguh menjaga aib. Letterhead Mahkamah Persekutuan, tapi yang menandatangani ialah daripada pihak lain.

Jadi, berhati-hati dalam apa jua yang diterima sama ada surat, panggilan ataupun lain-lain yang berunsur scam. Jangan terus percaya, dapatkan pendapat orang lain ataupun terus menghubungi secara langsung pihak tertentu untuk kepastian. Bila dah tahu taktik sang scammer ni, jangan simpan sorang, maklumkan kepada kawan atau ahli keluarga supaya mereka tidak terpedaya. Nak cari duit tu, biarlah dengan cara yang betul, jangan susahkan orang lain. 

 

Baca: “Nak tipu pun bodoh” – [VIDEO] Tengok Uncle Ni Kacau Scammer Konon Dari Mahkamah, Memang WIN!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.