in

“Moga mama & abie bahagia selalu” – Viral Ucapan Anak Untuk Ibu Umur 59 Tahun, Kahwini Pemuda 22 Tahun

Ibu 59 Tahun Kahwin Pemuda 22 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

As cliche as it may sounds, benarlah jodoh itu rahsia Allah. Tidak kira cepat atau lambat, setiap orang dicipta untuk berpasangan. Baru-baru ini, perkongsian seorang anak yang teruja selepas ibunya berkahwin mendapat perhatian netizen di TikTok.


Melalui perkongsian wanita yang menggunakan nama @ecacuwitcawer di TikTok, dia meluahkan rasa gembira selepas ibunya yang berusia 59 tahun itu akhirnya bertemu jodoh dan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda berusia 22 tahun.

Kahwin Pemuda 22 Tahun

Meskipun mempunyai jurang usia 37 tahun, katanya ia bukanlah penghalang untuk pasangan tersebut dan dia juga turut mendoakan kebahagian ibu bersama bapa tirinya itu.

Umur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita. Moga mama & abie bahagia selalu.”

 

Menerusi video itu, pasangan pengantin dilihat menggayakan persalinan berwarna merah jambu ketika hari bahagia mereka dan ramai netizen yang menonton turut mengucapkan tahniah.

Beberapa netizen juga dilihat turut berkongsi tentang mereka dan pasangan masing-masing yang turut mempunyai jurang umur yang banyak. Rata-ratanya berkata bukanlah satu masalah jika berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda, asalkan mereka tahu tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.

Komen Netizen

Komen Netizens

Selain itu, ada yang menyuarakan pendapat bahawa tidak semua berkahwin dengan pasangan yang lebih berusia kerana wang dan harta semata-mata. Ada yang sempat berseloroh dan berkata mungkin juga jodoh mereka sekarang masih kecil.

Baca: “Kacak menangis…nak saya jaga ibu dia” – Berjaya Pujuk Anak Lelaki DSV, Iqbal Harap Cik B Pun Lembut Hati

Iqbal Berjaya Pujuk Kacak Harap Cik B Lembut Hati

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.