in

Wuhan Sambut China Tourism Day 2021 Lepas 2 Tahun Dilanda Covid-19

4Wuhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2020 dunia dikejutkan dengan kehadiran satu virus yang mampu membunuh manusia. Virus yang dipercayai berasal dari Wuhan, China itu telah meragut sehingga jutaan nyawa seluruh dunia sehinggakan pihak World Health Organisation (WHO) mengisytiharkan pandemik.



Mulai dari itu, nama Wuhan cukup dikenali. Namun, dengan bilangan kes yang hampir tiada, Wuhan  telah menyambut China Tourism Day 2021. Korang boleh tengok gambar sekitar sambutan berkenaan yang dipetik daripada Global Times di bawah.

Screenshot 2021 05 29 At 3.04.40 Pm Screenshot 2021 05 29 At 3.04.49 Pm

Bertemakan Green Development for Quality Life Shared by All, sambutan China Tourism Day itu bermula pada 19 Mei 2021 diadakan di Hubei Provincial Museum, China.

Tema yang dipilih bersesuaian dengan pandemik yang melanda dunia. Menurut laman web China Tourism Day, tema ini dipilih bertujuan mempromosikan rakyat negara itu hidup dalam keadaan mesra alam dan menjalani pembangunan yang lebih harmoni untuk umat manusia.

Screenshot 2021 05 29 At 3.04.57 Pm Screenshot 2021 05 29 At 3.05.07 Pm Sekitar upacara perasmian China Tourism Day. Walaupun bilangan kes tidak setinggi kita di Malaysia, amalan memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial tetap dilaksanakan oleh setiap pengunjung.

Screenshot 2021 05 29 At 3.05.17 Pm Screenshot 2021 05 29 At 3.05.25 PmCuaca hujan tidak menghalang pengunjung di China Tourism Day. Seronoknya tengok orang boleh berkumpul ramai-ramai macam ni.

Wah, hebat juga bila tengok perubahan yang berlaku di Wuhan ni dalam mengawal penyebaran wabak Covid-19. Marilah kita sama-sama mengembleng tenaga dan usaha bagi melawan virus yang berbahaya ini. 

 

Baca: Penyelidik China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

Screenshot 2021 05 29 At 3.26.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.