fbpx
in

Penyelidik China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

2Lab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala dunia sedang mencari vaksin dan penawar untuk pandemik Covid-19, sekumpulan penyelidik dari China mendakwa mereka sangat yakin dan mempunyai bukti yang kukuh bagi menafikan bahawa virus tersebut tidak berasal dari China.
Penafian tentang asal usul virus itu adalah hasil daripada penyelidikan Akademi Sains China. Pihak akademi tersebut mendakwa kes pertama membabitkan virus itu dikesan di India sebelum ‘berhijrah’ ke Wilayah Wuhan di China. Dalam penyelidikan itu, akademi itu turut mendakwa sumber virus tersebut adalah berasal daripada manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama akibat gelombang panas yang melanda India dan Pakistan pada tahun lalu.
Screenshot 2020 11 28 At 2.37.22 Pm
Dengan menggunakan analisis filogenetik bagi mengesan asal usul mutasi yang berbeza, kumpulan pakar itu mendebatkan bahawa strain virus yang mengalami mutasi paling sedikit adalah yang asli.
Ekoran itu, mereka berpendapat kes pertama mungkin tidak dikesan di Wuhan, sebaliknya menunding jari kepada India dan Pakistan berikutan strain virus dengan mutasi yang rendah dikesan di kedua-dua kawasan itu.
Screenshot 2020 11 28 At 3.06.53 Pm
Gambar hiasan
Menurut laporan Astro Awani, yang memetik Profesor David Robertson, ketua genomik virus dan bioinoformatik dari Univesiti Glasgow, hasil penyelidikan akademi itu tidak menyakinkan dan mencetus keraguan beberapa kumpulan pakar yang menyifatkannya sebagai berat sebelah dan wujud kecacatan.
Tambah beliau lagi, kertas penyelidikan itu tidak memberi sebarang pemahaman tambahan mengenai jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh beta-coronavirus dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2(SARS-CoV-2).
Pihak akademi tersebut bagaimanpun tidak memberikan sebarang respon balas setakat ini.

Sumber: Astro Awani


Screenshot 2020 11 28 At 3.01.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top