in

WTF! Pakcik Delivery Ratah, Susun Balik Makanan Sebelum Hantar Kepada ‘Customer’

delivery4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harap-harap siapa yang jenis tak boleh tahan lapar tu jangan lah apply kerja jadi food rider ni. Nanti habis jadi macam pakcik ni.

Ada ke patut dia pergi ratah makanan pelanggan sikit-sikit, lepastu susun elok-elok tak nak bagi ada kesan kaut sebelum nak dihantar kepada pelanggan.


 

Ratah makanan susun simpan, jamah makanan lain sikit, simpan. ‘Pack’ balik sebelum hantar pelanggan

Nasib lah kejadian ini tak berlaku di Malaysia, ia berlaku di  Madurai, India. Pekerja syarikat penghantaran makanan di negara tersebut kelihatan ‘menjamah’ satu menu kemudian susun balik, lepastu rasa menu lain pula sebelum dibungkus semula dan dihantar ke pelanggan.

Video ini menjadi tular di Twitter dan mendapat perhatian daripada syarikat penghantaran makanan tersebut. Disebabkan itu, pakcik ini telah dipecat.

 

Kami telah keluarkannya daripada platform kami”

https://twitter.com/ZomatoIN/status/1072176227618836480

Dalam satu kenyataan, syarikat itu mengakui bahawa video tersebut lelaki dalam video itu adalah pekerja mereka.

“Kami telah bercakap dengannya dan kami memahami bahawa ini adalah kesilapan manusia dalam penghakiman, kami telah keluarkannya dari platform kami.”

Syarikat itu juga mengatakan mereka tidak lama lagi akan memperkenalkan “tamper-proof tapes” dan “mendidik pekerja penghantaran mereka” sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku sebarang gangguan makanan.

Baca : Makin Hujan Lebat Lagi Banyak Rezeki Masuk, Pekerja Delivery Cerita Pengalaman Kerja Part-Time

dominos

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.