Hujan turun dengan lebat. Lepas tu, macam dapat cue pulak, perut pun tiba-tiba je rasa lapar. Siapa pernah alami benda yang sama?
Lapar, tapi malas masak. Nak makan instant food pun malas. Jadi, orderlah fast food.
Tapi hujan, macam kesian pulak dengan budak delivery, kan?
Sekejap hujan, sekejap panas
Mesti ada antara korang pernah terfikir macam manalah diorang yang kerja jadi delivery boy atau penghantar makanan tu buat kerja setiap hari.
Yelah, cuaca kan tak menentu. Sekejap-kejap hujan, sekejap panas.
Seorang bekas pekerja part-time Domino’s Pizza sempat kongsikan di Twitter pengalamannya yang jarang diperolehi orang lain.
Thread yang dibuat khusus bagi membidas kenyataan seorang wanita yang menyarankan pekerja-pekerja delivery tak merungut bekerja walaupun diberi tips RM20, juga diselitkan dengan pengalaman dimarahi pelanggan dan jatuh akibat jalan licin.
Balik store, kalau manager mood tak baik kena marah
Semua pun tahu Domino’s Pizza akan berikan customer kupon diskaun kalau penghantaran lewat.
Tapi tak ramai yang tahu, sebenarnya kalau nasib tak menyebelahi diorang ni silap haribulan kena marah dengan manager sebab balik lewat.
Dahlah penat kena marah dengan customer dan manager, tapi nak buat macam mana kalau itu je cara untuk mereka cari rezeki lebih bagi menampung keluarga.
Jangan lupa pula cuaca yang tak menentu tadi tu sekali!
“Cukup saja kalau customer senyum dan kata..”
Pekerja-pekerja ni pun manusia biasa, pun ada rasa penat, sedih dan marah.
Apalah salahnya kalau kita sebagai pelanggan considerate sikit dengan diorang.
Kita kalau bos tak appreciate kat tempat kerja pun boleh mengamuk, inikan diorang yang terpaksa menghadap ratusan pelanggan yang macam-macam kerenah. Korang memang hati kental la!
Kerja penghantaran ni satu kerja mulia
Nasib baiklah tak semua rakyat Malaysia ni kejam dan tak berhati perut.
Ada juga yang support brother ni dan anggap kerja sebagai penghantar makanan ni satu kerja mulia.
Sedih kan kalau baca pengalaman bekas pekerja ni.
Kalau kita nak orang treat kita baik, kita pun mesti sama-sama hormat orang tu juga. Tak kisah apa latar belakang atau pengalaman dia sekali pun.
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua penghantar makanan seluruh negara tak kisah korang bekerja untuk syarikat mana. Sebab korang buat kami kenyang!
Baca:[VIDEO] Pekerja UberEats Kantoi Curi Iphone Pelanggan Masa Hantar Makanan