in

Wow! Suami Isteri Boleh Keluarkan KWSP Untuk Dapatkan Rawatan Kesuburan?

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk pasangan yang sedang mencari jalan untuk membuat rawatan kesuburan bagi mendapatkan anak, korang sekarang boleh keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 untuk ringankan beban membayar kos rawatan.



Inisiatif ini telah pun diumumkan masa Pembentangan Bajet 2020 haritu dan ianya layak untuk pasangan yang berkahwin secara sah dan berusia bawah 55 tahun.

Screenshot 2020 09 12 At 8.16.46 Am

Screenshot 2020 09 12 At 8.16.58 Am

Menurut laman web rasmi KWSP, pasangan yang bercadang atau telah pun membuat rawatan Permanian Beradas (IUI), Persenyawaan In-Vitro (IVF) dan Suntikan Sperma Sitoplasma Intra (ICSI) boleh  pilih sama ada nak keluarkan jumlah prosedur yang perlu dibayar untuk rawatan atau keseluruhan duit dalam Akaun 2, mana satu yang rendah.

Screenshot 2020 09 12 At 8.18.13 Am

Ini bermakna, kalau korang dah bayar rawatan ni sebelum tahu tentang manfaat ni, korang boleh keluarkan duit untuk ganti balik duit yang dah keluar dan kalau korang baru nak buat, pembayaran akan dibuat terus ke pusat perubatan yang korang pilih untuk buat rawatan kesuburan ni.

Kelulusan untuk keluarkan duit ni bergantung kepada jumlah yang ada pada Akaun 2 korang bergantung kepada syarat yang ditetapkan untuk Pengeluaran Kesihatan.

Korang pun tahu rawatan kesuburan ni memang kos yang perlu dikeluarkan agak tinggi, jadi bila ada pilihan macam ni, takdelah rasa beban sangat kan?

 

Baca: “Saya susah dapat anak” – Permaisuri Agong Nak Beri Rawatan IVF Percuma Pada 60 Pasangan Kurang Berkemampuan

Screenshot 2020 09 14 At 1.32.58 Pm

Sumber: KWSP
Sumber: KWSP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.