in

“Saya susah dapat anak” – Permaisuri Agong Nak Beri Rawatan IVF Percuma Pada 60 Pasangan Kurang Berkemampuan

Collage 58 E1607133580939

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang terasa dekat betul dengan Permaisuri Agong ni bila kita ni selalu dengar macam-macam cerita tentang baginda ni. Dah lah berjiwa rakyat.


Baru-baru ni dalam temubual bersama Bernama, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan, baginda nak biaya proses IVF kepada 60 pasangan kurang berkemampuan.

TAFF simbol harapan wanita

#BuletinBernama : Seramai 60 pasangan bakal menerima tajaan rawatan kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bulan depan yang dipilih bersempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 tanggal 30 Julai ini.

Posted by Bernama TV on Sunday, July 28, 2019

Menurut baginda, 60 pasangan dengan masalah kesuburan ini dipilih bersempena hari lahir Yang di-Pertuan Agong ke-60 melalui yayasannya, Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF). Wow!

Macam yang ramai ketahui, baginda sendiri pernah merasa kesusahan untuk mengandungkan pewarisnya. Tunku Azizah pernah mengalami 6 keguguran dan terpaksa menjalani 17 proses IVF dalam masa 10 tahun sebelum dia akhirnya berjaya melahirkan puteranya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

41A8
Sumber: google

Saya hanya nak beri balik apa yang Allah dah kurniakan pada saya”

Kalau korang nak tahu, TAFF ditubuhkan pada tahun 2005 apabila baginda ditanya dimana hasil buku masakan pertamanya hendak disalurkan. Ketika itu, terus Tunku Azizah terfikir nak buka yayasan kesuburannya sendiri.

Baru-baru ini, baginda Permaisuri telah menerbitkan dua buku masakan yang berharga lebih kurang RM380 sebuah. Hasil jualan buku masakan ini 100% disalurkan pada TAFF.

Screenshot 2019 07 31 At 10.35.16 Am
Sumber: nst

Sehingga kini, TAFF telah membantu melahirkan seramai 115 orang anak dan bayi sulung TAFF tahun ini dah pun berusia 13 tahun.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang TAFF dan macam mana cara nak apply, korang boleh klik sini.

Semoga Raja Permaisuri Agong kita dimurahkan rezeki yang berlimpah kali ganda!

 

Baca: “Cinta padang polo” – Raja Permaisuri Kongsi Cerita Cinta Dengan YDP Agong, Berbalas Surat Setiap Minggu

Screenshot 2019 07 31 At 10.42.13 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.