in

Wow! Pemilik Amazon Cipta Rekod Luar Biasa, Berjaya Tambah Kekayaan USD 13 Billion Sehari

Untitled Design 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba bayangkan kalau korang dapat buat duit seribu sehari, confirm korang dah gembira sangat kan? Tetapi lain pula yang terjadi kepada pemilik Amazon ini selepas dilaporkan berjaya menambah asetnya sebanyak USD 13 bilion (RM55.40 bilion) dalam masa sehariWow! sehari je dah jadi billionaire


Menurut Business Insider, kejayaan luar biasa tersebut dicatatkan pada Isnin dan juga merupakan rekod pertambahan kekayaan tertinggi dalam satu hari yang pernah dicatatkan oleh manusia. Jeff Bezos yang merupakan pemilik Amazon sebelum ini diramal bakal menjadi trillionaire pertama di dunia menjelang 2026.

1 17

Berikutan penambahan angka berbilion dolar tersebut, kekayaan terkini Bezos dianggarkan sebanyak USD 189.3 bilion (RM806.7 bilion).

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat tahun ini dilaporkan terjejas akibat impak COVID-19, Bezos yang juga pengasas gergasi gedung atas talian itu bagaimanapun berjaya menambah kekayaan sebanyak USD 74 bilion (RM315.35 bilion) tahun ini.

Menurut portal berita antarabangsa itu lagi, Amazon yang diasaskan pada 1995 dianggap sebagai salah satu syarikat paling bernilai dan paling berkuasa di atas muka Bumi.

Baca: Wow! Pasangan Suami Isteri Untung RM 160 Juta Selepas 3 Bulan Jual Sanitizer

Cb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.