Disaat ramai orang kehilangan punca pendapatan susulan dari pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pasangan suami isteri ini telah mencuri tumpuan masyarakat dunia apabila mereka berjaya meraih £30 Juta ( bersamaan RM160 Juta) hanya dengan menjual hand sanitizer. Wow!
Lebih mengejutkan, jumlah keuntungan ini berjaya diperoleh tidak sampai 3 bulan Andrew dan Rachel Montague menubuhkan syarikat ClearWater Hygiene yang beribu pejabat di Edinburgh, Scotland dengan fokus utama mereka iaitu menghasilkan cecair sanitasi pembersih bermutu tinggi sesuai untuk petugas barisan hadapan juga orang ramai.
Menurut Daily Mail dengan menggunakan campuran 80% cecair Ethanol, hand sanitizer mereka bukan sahaja berkualiti tinggi malah sesuai digunakan pusat kesihatan. Tambah pasangan ini, faktor lain yang menyebabkan jualan mereka stabil dan kukuh adalah disebabkan pelanggan mereka sendiri.
“Yang paling penting produk kami dibuat di UK , dihasilkan di Scotland, dibotol di England dan dibuat di Britain. Dan ini sangat menguatkan antara kami dengan pelanggan yang sangat berminat untuk membeli jenama British yang berkualiti berbanding import.”
Pengeluaran mereka begitu konsisten apabila berjaya menghasilkan hampir 900 ribu liter cecair sanitasi setiap minggu dengan tenaga kerja seramai 12 orang pekerja full time dan 8 pekerja berstatus kontrak di seluruh United Kingdom.
Malah yang paling meyakinkan apabila produk mereka turut digunakan petugas perubatan di National Health Service (NHS), selain beberapa syarikat terkemuka dan syarikat milik kerajaan UK seperti Post Office, JD PLC, 02 Retail, BP dan Aldi.
Siapa sangka, seorang pemaju hartanah dan isterinya yang berniat untuk membantu orang ramai dari bahaya Covid-19 dalam pada masa yang sama boleh menjana sebanyak itu hanya dalam tempoh singkat.
Baca: “Kena pakai rantai besi kot” Doktor Bengang Hand Sanitiser Dekat Hospital Asyik Kena Curi