Lionel Messi merupakan antara nama gergasi didalam arena sukan pada masa kini terutamanya didalam kancah bola sepak. Nama Messi juga turut sudah sebati dengan Barcelona yang sinonim dengan warna merah biru pada jersi mereka.
Setelah 16 tahun setia bersama gergasi Sepanyol itu, pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran bernilai 623 juta pound (RM3.46 bilion) untuk menyertai kelab kaya England, Manchester City. Lapor Berita Harian.
Messi diperkatakan telah mempersetujui terma-terma kewangan kontrak lima tahun dan sekiranya termeterai, bintang Argentina itu akan menjadi atlet dengan bayaran tertinggi dalam sejarah sukan.
Korang rasa berapa gaji Messi kalau dia betul masuk Manchester City?
Jangan terkejut sebab kalau ‘deal’ ni jadi, Messi akan terima wang sebanyak RM78,776 untuk sejam bersamaan RM1.89 juta sehari dan RM56.72 juta untuk sebulan. Wow! Asyuk terox!
Kontrak 5 tahun yang ditawarkan bukanlah semata-mata untuk berada di England. Dia dilaporkan akan menghabiskan tiga musim di Etihad sebelum menyertai kelab Major League Soccer New York City FC yang turut dimiliki City Football Group (CFG) untuk baki dua tahun kontraknya.
Malah Messi turut ditawarkan pegangan saham dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej perpindahan itu. Pergh! Betul-betul nak pancing ni!
Baca: Penyokong Tegar Messi Bunuh Diri, Kecewa Kekalahan Argentina