in

“It was written” – Pernah Dimandikan Ketika Bayi, Kini Messi Bakal Berentap Dengan Yamine Yamal Di Final World Cup!

Syaz Ft 2026 07 16T122743.077

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertandingan akhir Kejohanan Piala Dunia FIFA bakal menyaksikan pertembungan sengit antara juara bertahan, Argentina, dan gergasi Eropah, Sepanyol. Kemenangan 2-1 Argentina ke atas England baru-baru ini bukan sahaja mengesahkan slot mereka di pentas kemuncak, malah mentakdirkan satu pertembungan ikonik antara dua generasi bola sepak: Lionel Messi dan bintang muda meningkat naik, Lamine Yamal.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di East Rutherford, New Jersey ini menyaksikan penyerang Barcelona berusia 19 tahun, Yamal, bakal berdepan dengan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab berkenaan, Messi, 39, secara rasmi di atas padang buat julung kalinya. Namun begitu, ini bukanlah kali pertama kedua-dua pemain ikonik ini bertemu.


Artikel berkaitan: “Satu lagi sebab untuk berbangga” – Dikritik Sebab Kibar Bendera Palestin, PM Sepanyol Pertahan Lamine Yamal

Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Gambar Lama Kembali Tular

Walaupun Yamal mustahil untuk mengingati detik awal pertemuan mereka, bukti sejarah tersimpan kemas menerusi sekeping gambar lama yang kembali tular sejak kejayaan Sepanyol di Kejohanan Eropah (UEFA Euro) dua tahun lalu.

Menurut laporan ESPN, gambar berkenaan menampilkan Yamal ketika masih bayi dimandikan oleh Messi, yang pada ketika itu merupakan bintang muda berusia 20 tahun yang baru memulakan puncaknya di Camp Nou. Foto tersebut dikongsi semula oleh bapa Yamal, Mounir Nasraoui, menerusi laman Instagram dengan kapsyen ringkas: “Permulaan dua legenda.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOUNIR NASRAOUI (@hustle_hard_304)

Siapa sangka, bayi yang pernah dipegang oleh Messi kira-kira dua dekad lalu kini bakal menjadi penentang utamanya di pentas perlawanan bola sepak terbesar di dunia.

Program Amal Dan Cabutan Bertuah UNICEF

Imej ikonik tersebut diabadikan oleh jurugambar bebas, Joan Monfort, menerusi satu sesi fotografi kalendar amal anjuran akhbar Catalan, Diario Sport, dengan kerjasama UNICEF pada tahun 2007.

“Sesi penggambaran kalendar tersebut dijayakan menerusi bantuan UNICEF. Mereka telah mengadakan cabutan bertuah di kawasan perumahan Roca Fonda, Mataró, iaitu tempat tinggal keluarga Lamine.

Keluarga beliau mendaftar untuk cabutan tersebut bagi mendapatkan peluang bergambar di Camp Nou bersama pemain Barça, dan mereka telah terpilih,” ujar Monfort.

Yamal bersama ibunya, Sheila Ebana, telah dibawa ke bilik persalinan pasukan pelawat di Camp Nou pada musim luruh tahun 2007 untuk sesi berkenaan.

Bakal Rampas Takhta ‘GOAT’?

Sejak membuat kemunculan sulung bersama Barcelona pada usia 15 tahun, Yamal terus mempamerkan prestasi luar biasa dengan mengumpul tiga gelaran LaLiga serta kejuaraan Euro bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Meskipun Yamal kini kerap dianggap sebagai pewaris takhta Messi, perjalanan beliau masih jauh untuk menyamai pencapaian pemenang lapan kali Anugerah Ballon d’Or tersebut. Walau bagaimanapun, menewaskan Messi di pentas perlawanan akhir Piala Dunia sudah tentu akan menjadi titik permulaan terbaik bagi mengukuhkan namanya dalam sejarah bola sepak dunia.

Sumber: ESPN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.