Bersolek sebelum keluar rumah adalah rutin wajib buat kebanyakkan golongan wanita. Dari semudah tepek bedak di muka hinggalah bersolek lengkap. Sebenarnya bukan untuk bertanding siapa lagi cantik, tetapi kecantikan ini mampu meningkatkan keyakinan buat para wanita.
Seperti yang korang tahu, makeup ini mengambil masa yang lama dan agak sukar untuk dilakukan, tetapi siapa sangka bahawa jurusolek dari Indonesia ini mampu mengubah penampilan seorang nenek berusia 60 tahun menjadi seperti ‘awek cun’. Wow!
Menurut Kosmo, jurusolek Ari Izam berkata, dia telah diminta oleh peminatnya untuk menyolek seorang wanita yang sudah berusia supaya nampak awet muda menerusi akaun Instagram dan YouTube miliknya.
Lihat sahajalah hasilnya, kemasan kening dan cara makeup yang tidak terlalu melampau mampu menutup usia sebenar wanita itu.
Salah satu teknik solekan yang saya gunakan ialah menggunakan gam kertas bebas toksik untuk menutup tekstur kening model saya ini.”
Ari turut menjelaskan bahawa diatidak menggunakan teknik highlighter dan contour secara berlebihan bagi mengelakkan wajah wanita itu kelihatan lebih tua lapor Kosmo.
Hasil tangan ‘ajaib’ Ari Izam itu sangat mengejutkan netizen dan menerima ribuan pujian selepas melihat hasilnya yang berjaya mengubah penampilan wanita tua itu sehinggakan mendapat perhatian media laporan tempatan.
Baca : Jurusolek & Designer Nak Taja 5 Pasangan Bakal Pengantin Frontliner Make Up & Baju Nikah Free