Wisma Putra Jejak Ustaz Ebit Lew Lepas Senyap Sejak Ke Mesir, Ini Update Terkini UEL

Tambah ke Sumber Pilihan
Wisma Putra Jejak Ustaz Ebit Lew Lepas Senyap Sejak Ke Mesir, Ini Update Terkini UEL

Ustaz Ebit Lew adalah nama yang tidak asing dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan. Terkini, Wisma Putra sedang mengesan Ustaz Ebit Lew selepas beliau ke Mesir beberapa minggu lalu.

Hal ini menimbulkan tanda tanya selepas pendakwah terkenal itu tidak mengemaskini laman sosial nya sejak 27 Mei 2021. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang Ustaz Ebit Lew ke tanah air.


Screenshot 2021 06 12 At 11.52.37 Am

Astro Awani dalam satu laporan mengatakan Ustaz Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel. Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada SOP semasa.

Update UEL

Walau bagaimanapun, kemaskini terbaharu Ustaz Ebit Lew melegakan ramai pihak. Menerusi hantaran gambar di akaun Instagram @ebitlew, beliau mengatakan semuanya dalam keadaan baik. Hantaran itu dimuat naik dalam tempoh satu jam selepas artikel ini ditulis.

Screenshot 2021 06 12 At 11.51.35 Am Screenshot 2021 06 12 At 11.51.44 Am

Doa Netizen

Hantaran gambar pada akaun Instagram itu telah mendapat lebih 317,000 sukaan dan ratusan komen dari pengikutnya. Rata-rata netizen mendoakan kebaikkan kepada Ustaz Ebit Lew dan menzahirkan kelegaan atas keselamatan beliau.

Screenshot 2021 06 12 At 11.56.24 AmAlhamdulillah. Yang penting UEL selamat dan sihat. 

Screenshot 2021 06 12 At 11.56.35 AmKita doakan Ustaz Ebit Lew selamat pulang. Doakan beliau dan team selamat pulang ke tanah air.

Screenshot 2021 06 12 At 11.57.07 AmAmiinn. Tuhan uji sebab Dia sayang. Kita doakan semuanya berjalan lancar untuk Ustaz Ebit Lew dan team selamat semuanya. 

Baca: Tidak Muat Naik Sebarang Status Semenjak 27 Mei,  Ramai Tertanya-tanya Perkembangan Terkini Ustaz Ebit Lew Di Gaza

Screenshot 2021 06 12 At 11.54.35 Am

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Wisma Putra Jejak Ustaz Ebit Lew Lepas Senyap Sejak Ke Mesir, Ini Update Terkini UEL
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/wisma-putra-jejak-ustaz-ebit-lew-lepas-senyap-sejak-ke-mesir-ini-update-terkini-uel/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM