in

Tidak Muat Naik Sebarang Status Semenjak 27 Mei, Ramai Tertanya-tanya Perkembangan Terkini Ustaz Ebit Lew di Gaza

Red Cresent

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu lalu, ramai yang menyatakan kesyukuran selepas mendapat tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bakal melakukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Pada 27 Mei lalu juga, beliau ada memuat naik status memaklumkan ketibaannya di Mesir untuk beli barang keperluan asas dan ubatan buat penduduk Gaza yang mana dimuatkan dalam dua treler besar bersama beberapa lori yang akan dibawa ke hospital di sana.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada perkembangan terbaru yang dimuat naik Ebit membuatkan ramai tertanya-tanya apa yang terjadi?

 

“Tiada pergerakan ke Gaza. Tiada kebenaran untuk masuk dari Mesir” 

Menurut mStar, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tiada status terkini mengenai Ebit yang diketahui setakat Selasa (1 Jun 2021), namun berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Luar Palestin, tiada pergerakan masuk oleh pasukan berkenaan ke Gaza.

Nadir 1
Nadir al nuri bersama anak-anak palestin

Tiada pergerakan ke Gaza. Tiada kebenaran untuk masuk ke Mesir. Tiada makluman akan masuk oleh Kementerian Luar Palestin,” kata Nadir yang menambah kemungkinan Ebit dan pasukannya masih berada di Kaherah, Mesir.

Nadir yang juga rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza memberitahu, pasukan Ebit sebelum ini ada menghubunginya bertanyakan tentang urusan sampaikan bantuan ke Gaza.

Namun mesejnya yang dihantar kepada pasukan Ustaz Ebit pada 29 Mei lalu tidak berbalas.

 

“Doakan agar urusan Ebit Lew dipermudahkan” 

Sudah menetap di Gaza selama 8 tahun semenjak 2013 lagi, Nadir menegaskan bahawa sebenarnya tidak mudah untuk dibenarkan masuk ke Gaza meskipun kita ke sana untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk.

“Prosedur untuk barang masuk pun susah walaupun namanya Red Cresent (Bulan Sabit Merah). 

“Saya minta rakyat Malaysia mendoakan agar urusan Ustaz Ebit Lew dan pasukannya dipermudahkan dan bantuan yang telah dibeli di Kaherah dapat disampaikan kepada penduduk di bumi Gaza. Mudah-mudahan bantuan dapat masuk ke bumi Gaza. 

188356533 4021047071346879 6300748612751966926 N

Nak masuk ke Gaza sebenarnya tidak mudah, dan prosedurnya ketat kerana Gaza merupakan kawasan keselamatan, kawasan konflik. 

“Jadi kalau Ustaz Ebit Lew tak dapat masuk, tapi harapnya bantuan yang telah dihantar sampai dan kita mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah dibuat,” katanya lagi.

 

Keperluan juga boleh didapati di Gaza, tak perlu dari Mesir 

Dalam pada itu, Nadir juga berkata, barang keperluan untuk bantuan sebenarnya boleh didapati dari Gaza dan bantuan boleh disalurkan terus kepada penduduk tanpa perjalanan yang sukar dari Mesir.

83051187 2845732085447047 7439055370112204800 N

“Pada masa akan datang, jika memerlukan bantuan dan mahu pastikan barang keperluan itu sampai (kepada penduduk Gaza), boleh maklumkan kepada kita dan kita boleh bantu mendapatkan barangan tersebut dari Gaza sendiri untuk disampaikan terus kepada penduduk. 

“Dengan jaminan bahawa ia akan sampai tanpa perlu melalui perjalanan yang sukar dan payah untuk sampai kepada penduduk yang memerlukan,” jelas Nadir lagi.

Harap-harap sampailah bantuan yang dibawa Ustaz Ebit Lew tu ke penduduk Gaza. Kesian pulak kalau tak dapat masuk. 

Baca: “Level international dah ustaz ni” – Netizen Puji Ustaz Ebit Lew Tolong Gelandangan Dekat Afrika Selatan

Ebit

Sumber: mstar
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.