Kalau bercuti ke luar negara, tak sah lah kalau tak ambil gambar ramai-ramai bersama keluarga sebagai kenang-kenangan. Tapi benda ni lebih menarik kalau gambar group photo tu diambil dengan cara yang lebih unik dan kreatif.
Haa nak tau kreatif macam mana, korang kena belajar dengan seorang pakcik di Thailand ni yang menarik perhatian netizen baru-baru ni.
“Pakcik ni kiteorang ingat beshe beshe je….”
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen ni berkongsi pengalamannya semasa bercuti di Thailand dengan keluarga. Ketika nak bergambar di satu tempat tarikan pelancong, datang seorang pakcik offer nak ambilkan gambar mereka.
Ingatkan pakcik ni level-level biasa je photography dia, sekali dia keluarkan sehelai daun dengan lubang bentuk ‘love’ di tengahnya dan ambil gambar. Haa korang tengoklah hasilnya macam mana kat bawah ni.
Ambil gambar ramai tourist, tak pernah minta upah
Nampaknya bukan keluarga ni je yang pernah diambil gambar oleh pakcik tersebut, ada lagi netizen lain yang berkesempatan ‘guna khidmat’ kreatif pakcik ni tau.
Menurut netizen, pakcik ni tak pernah ambil upah untuk ambil gambar dan tugasnya kat tempat tu hanyalah menyapu sampah. Malah ada netizen yang beritahu, pakcik ni seorang Melayu-Siam dan berusia 70+ tahun. Namanya Abdul Rahman.
“Kot zaman muda, pakcik ni photographer barangkali. Tengok gaya diri pun dah tahu bukan beshe beshe ni”
Terkesima melihat teknik menarik yang pakcik ni gunakan untuk ambil gambar, netizen mula mengagak yang pakcik maybe seorang jurugambar di zaman mudanya dulu. Apa-apapun ramai yang puji pakcik ni baik dan cute bila gigih nak cari angle yang baik untuk ambil gambar pelancong.
Semoga pakcik ni terus sihat dan dapat ambil gambar-gambar yang kreatif lagi.
Baca: “Baru dapat kek” – Pakcik Ini Berjaya Dapatkan Kek Untuk Hari Jadi Isterinya