in

“Wayang je Iran dengan Amerika ni”- Iran Serang Pangkalan Tentera AS, Lancar Puluhan Peluru Berpandu!

Featured 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti dijangka sebelum ini, ‘perang’ antara Iran dan Amerika akhirnya bermula selepas Iran melancarkan peluru berpandu mensasarkan kepada beberapa pangkalan udara tentera Amerika Syarikat di Iraq pada awal pagi tadi.


Dilaporkan antara pangkalan yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di bahagian utara.

51578444782 Alasadairbase
Sumber: astro awani

Serangan tersebut disahkan dalam satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan AS, bagaimanapun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan akibat daripada serangan berkenaan setakat ini.

Video dibawah dipercayai rakaman serangan peluru berpandu Iran ke pangkalan tentera AS

Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar.

Posted by Penduduk Sungai Petani Kedah on Tuesday, January 7, 2020

Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu,”- Jab. Pertahanan AS

Dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan tersebut dan kini sedang memerhati rapat situasi terkini di rantau berkenaan sambil mendapat nasihat daripada pasukan keselamatannya.

Sementara itu Ketua Biro NBC News Tehran, Ali Arouzi memaklumkan tiada missile yang dipintas,  semuanya mengenai sasaran.

Ali

Manakala Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zariff menjelaskan yang tindakan mereka itu hanyalah sebagai langkah mempertahankan diri dan bukannya berperang.

Javad

Namun rata-rata komen netizen mendakwa yang ‘perang’ ini hanyalah wayang kedua-dua pihak yang mempunyai agenda masing-masing.

Boleh baca kat SINI.

Baca : Situasi makin buruk Iran Naikkan Bendera Merah Atas Kubah Masjid, Petanda Perang Dunia 3?

Iran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.