in

Gunung Berapi Bawah Laut Meletus Di Tonga, 8 Negara Keluarkan Amaran Tsunami

1Volcano

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah gunung berapi bawah laut di perairan Tonga telah meletus semalam dengan letusan yang sangat dahsyat. Berikutan letusan itu, amaran tsunami telah dikeluarkan di 8 buah negara.



Screenshot 2022 01 16 At 10.54.21 Am

Antara 8 buah negara tersebut termasuklah Fiji, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, American Samoa, New Zealand, Vanuatu dan Chile.

Hasil tinjauan satelit mendapati letusan Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai yang dahsyat itu menghasilkan kepulan asap berbentuk cendawan ke udara dan shockwave ke kawasan sekeliling.

Screenshot 2022 01 16 At 10.55.26 Am

Akibat daripada letusan itu, tsunami setinggi 1.2 meter telah melanda ibu negara Tonga, Nuku’alofa

Screenshot 2022 01 16 At 10.55.18 Am

Menurut The Sun Daily, letusan gunung berapi bawah laut itu berlaku selama kira-kira 8 minit dan menghasilkan bunyi letupan seakan bom serta gas, debu dan asap beberapa kilometer ke udara. Letupan yang dihasilkan sangat kuat sehingga boleh kedengaran lebih 800km di Kepulauan Fiji.

Baca: Gunung Berapi Semeru Meletus Di Indonesia, 41 Orang Melecur Teruk

Screenshot 2022 01 16 At 10.58.12 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.