Setelah beberapa minggu lepas mendengar ura-ura mengatakan Rusia dan Ukraine bakal berperang, awal pagi ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan deklarasi perang terhadap negara tersebut.
Menurut Harian Metro, Putin mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine dengan letupan juga dapat didengari di ibu negara Ukraine, Kyiv dan bahagian lain negara tersebut.
Saya sudah membuat keputusan untuk operasi ketenteraan,” kata Putin menerusi siaran televisyen sebelum jam 6 pagi waktu tempatan Moscow.
Beliau juga pada masa yang sama mengarahkan tentera Ukraine untuk meletakkan senjata, namun pada masa yang sama mendakwa tidak mahu menjajah negara tersebut.
Footage bom meletus tersebar
Menurut laporan The Edge, sebaik saja Putin mengumumkan keputusannya, sumber dari akhbar Reuters memaklumkan yang mereka terdengar bunyi yang didakwa letupan di ibu negara Ukraine, Kyiv.
Letupan itu juga telah menggegarkan bandar Donetsk dan kereta kebal dilihat mula memasuki bandar tersebut.
Beberapa video letupan juga berjaya dirakam dan disebarkan di laman Twitter seperti di bawah.
https://twitter.com/mommentonews/status/1496700865217974280
https://twitter.com/itsTFC/status/1496701218277576707
Apparently, Ukrainian anti-aircraft artillery is trying to repel Russian missiles somewhere in the Donetsk region #Ucrania #Ukraine #Russia pic.twitter.com/BfOYQIRgtO
— Live Conflict (@LiveConflict) February 24, 2022
Rata-rata netizen di media sosial meluahkan rasa takut dan tidak selamat dengan melihat keadaan tersebut terjadi. Malah ada juga mengatakan mungkin Rusia bakal menjadi pencetus kepada berlakunya Perang Dunia Ke-3.
Apa-apapun sebagai rakyat Malaysia sebaiknya kita janganlah doa yang bukan-bukan seperti inginkan peperangan dan sebagainya. Semoga kita terus dilindungi.
Baca: Kronologi Kemelut Terkini Ukraine-Rusia, Mungkin Tercetus Perperangan Dalam Masa Terdekat?