in

Wawa Zainal Bagi RM 200, PU Riz Nak Bagi RM 300 Kepada Followers Yang Cemerlang SPM

Puriz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, keputusan SPM untuk tahun 2020 baru sahaja keluar baru-baru ini, sudah semestinya ia akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang ada ambil keputusan dan ada ahli keluarga yang mengambilnya.


Disebabkan itu, pelakon Wawa Zainal berbesar hati menghadiahkan followers dia wang tunai, perkara itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya semalam.

 

Tahniah adik-adik – Wawa Zainal

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu ada menunjukkan bukti pembayaran dan ia sekaligus menarik perhatian ramai netizen.

Berdasarkan pemerhatian min di ruangan komen, ramai netizen yang mula DM Wawa untuk mendapatkan ganjaran itu daripadanya. Disamping itu, ada juga pihak lain yang meminta pertolongan kerana terjejas pendapatannya akibat PKP.

Dm5 Dm4 Dm3 Dm2 Dm

Dalam pada itu, PU Riz juga menerusi TikTok miliknya ada memuat naik satu video dengan memberikan tawaran yang sama.

Suami kepada Neelofa itu berbesar hati ingin memberikan wang tunai sebanyak RM 300 kepada lepasan SPM 2020 yang memperoleh keputusan cemerlang, lapor mStar Online.

Katanya tawaran itu akan diberikan kepada mereka yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A, bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 5 orang sahaja.

@harisbismail

♬ original sound – Haris Ismail – Haris Ismail

 

Baca : Neelofa & PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP Di Mahkamah Majistret Seremban

Lofa2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.