in

Neelofa & PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP Di Mahkamah Majistret Seremban

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih sering digelar PU Riz mengaku tak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di Mahkamah Majistret Seremban, lapor FMT.

Pasangan ini telah tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 8.50 pagi menaiki sebuah kereta BMW berwarna biru.


Haris telah dituduh dengan dua pertuduhanan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tak memakai pelitup muka di tempat awam.

Manakala Neelofa dituduh kerana gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

Neelofa telah dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan manakala Haris telah dikenakan jaminan sebanyak RM10,000, lapor Utusan.

Neelofa 600X399 1

Kedua-duanya dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

41620033649 Neelofa

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Neelofa dan Haris telah dipanggil ke Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberikan keterangan ekoran gambar dan video mereka di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 tular di media sosial.

Keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut turut diambil.

 

Baca: “Saya tak kenal Neelofa” – Pekerja Karpet Mengaku Tak Kenal Neelofa Walaupun Dah Belanja RM10,000 Di Kedai Mereka

Screenshot 2021 05 20 At 10.34.06 Am

Sumber: Utusan
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.