in

Watie Elite ‘Buka Mulut’ Bila Netizen Mula Spekulasikan Joey Sebagai Bapak Ayam

Ft Pelawak Didakwa Bapak Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, masih belum tahu siapakah gerangan pelawak yang dianggap sebagai ‘Bapak Ayam’ itu, memandangkan laporan Harian Metro menyatakan individu itu berumur dalam lingkungn 40-an dan pernah meraih kedudukan naib juara dalam pertandingan Maharaja Lawak mega (MLM), ramai netizen yang mula ‘buat kerja’.


 

Senarai Naib Juara (MLM)

2012 : Jambu (Yus dan Tauke)

2013 : Shiro (Shahrol dan Ajak) 

2014 : Sepahtu (Jep, Shuib & Pak Ya) 

2015 : Joras (Rahim,Joey Daud & Shuk SYJ) 

2016 : Shiro (Shahrol dan Ajak) 

2017 : Bocey (Abam, Fad & Achey) 

2018 : Zero (Atu, Sharif dan Syaiful) 

Sebelum ini, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menafikan dakwaan bahawa dirinya merupakan individu yang dimaksudkan itu, lapor Harian Metro.

Pelawak Bapak Ayam 2

Kemudian, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi pula yang menjadi ‘buruan’ warga maya memandangkan pernah menyandang sebagai naib juara selama 2 tahun dalam program tersebut, lapor mStar Online.

Pelawak Bapak Ayam

Namun begitu, dakwaan tersebut di tepis oleh Shahrol sendiri menerusi Instagram miliknya. Disamping itu, Shahrol juga meminta individu tersebut untuk tampil mengaku memandangkan ramai yang bertanyakan soalan ini kepadanya dan membuat tuduhan yang bukan-bukan.

 

Giliran Joey jadi ‘sasaran’

Pernah dinobatkan sebagai naib juara dalam MLM 2015 ketika menganggotai kumpulan Joras bersama Syuk dan Rahim, Joey Daud atau nama sebenarnya Zulkifli bin Daud pula menjadi ‘sasaran’ warganet.

Ini kerana penyanyi dan pelakon itu kini berumur sekitar 40-an, terpanggil dengan dakwaan tersebut, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Watie tampil memberikan respon, ia berikutan dengan pertanyaan dan ‘gangguan’ daripada warganet.

Pelawak Didakwa Bapak Ayam 7

Menurut Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali yang merupakan isteri kepada Joey menerusi IG Story miliknya, suaminya itu tidak terlibat dalam kegiatan tersebut kerana sentiasa duduk dirumah dan tidak buat apa-apa.

Selain itu, pelawak Wan Wala turut diheret dalam spekulasi pemerdagangan manusia ini, walaubagaimanapun, Gempak melaporkan bahawa individu tersebut bukanlah dirinya kerana dia kini sedang berada di Sabah.

 

Baca : “Itu bukan saya” – Selepas Tauke, Nama Shahrol Shiro Pula ‘Dipetik’ Netizen Kes ‘Pelawak’ Ditahan

Shahrol Shiro Nafi Ditahan

Sumber: mStar Online
Sumber: Instagaram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.