in

“Itu bukan saya” – Selepas Tauke, Nama Shahrol Shiro Pula ‘Dipetik’ Netizen Kes ‘Pelawak’ Ditahan

Shahrol Shiro Nafi Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tular kes pelawak terkenal ditahan reman bagi membantu siasatan kononnya terlibat dalam kes pemerdagangan manusia, ramai mula membuat spekulasi dan dengan sewenang-wenangnya ‘memetik’ nama beberapa orang pelawak tanah air.



Susulan banyak laporan berita yang keluar mengenai penahanan tersebut, maka netizen sehingga kini masih berteka-teki tentang pelaku yang telah ditahan reman behubung kes berkenaan. Boleh dikatakan ramai pelawak turut terkena tempias selepas berita tersebut keluar.

Salah seorang daripadanya yang turut terpalit dengan kontroversi tersebut adalah anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol.

Shahrol Shiro

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram pelawak berkenaan, beliau memberikan pencerahan dan menafikan kepada semua peminat serta mereka yang menyangka pelawak yang terlibat adalah diri beliau yang ternyata memenuhi salah satu ‘kriteria’ yang disebutkan selaku naib juara program MLM.

Walaupun turut terpalit dengan kontroversi tersebut, Shahrol berterima kasih kepada rakan-rakan dan mereka yang membuat keputusan untuk bertanyakan terus perkara tersebut kepada beliau dan tidak membuat spekulasi sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang turut mengambil berat tentang dirinya sambil sempat berseloroh dan mengukuhkan penjelasan tersebut dengan mengatakan umur beliau belum mencecah 40 tahun dan masih muda.

“Buktinya, saya masih bawah umur 40-an, masih muda kan?”

Hal ini kerana dalam laporan-laporan yang dikeluarkan ada menyebut umur pelawak yang ditahan di sebuah hotel di Tampin pada hari Ahad lepas adalah lelaki berusia 40-an.

Story Shahrol Shiro

Selain itu, Shahrol juga ada memuat naik ‘bukti’ di storynya bahawa beliau ada dirumah bersama pelawak-pelawak lain dan mereka juga bukan individu yang dimaksudkan. Antara pelawak yang ditag dalam posting berkenaan termasuklah Danial, Azrul, Mamak Puteh, Ali dan Hazone XOXO.

Kadang-kadang, jabatan siasatan netizen ni bukan betul sangat. Main petik je nama orang ikut sedap diorang.

Baca : “Gilalah siapa yang petik nama saya” – Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam

Gilalah E1628048599293

Sumber: hmetro
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.