in

“Wassalam. Amboiii…” – Ini Respon Balas PMX Lepas Kanak-kanak Hantar Mesej Minta Cuti Sekolah Selamanya

Kanak Kanak Minta Cuti Sekolah Selamanya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang kanak-kanak yang meminta cuti sekolah selamanya akhirnya mendapat perhatian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Sebelum ini, tular di laman Threads perkongsian seorang ibu yang memohon maaf selepas anak keduanya yang baru memasuki alam persekolahan menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar mesej kepada akaun TikTok rasmi PMX.


Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, kanak-kanak itu menulis mesej ringkas berbunyi:

“Aslam bagi cuti sekolah selamanya.”

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang terhibur dengan keberanian si kecil menyuarakan permintaannya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: “Semua tandas dah boleh guna” – Tular Murid Mengadu Depan PMX, Tandas Sekolah Sudah Dibaiki

PMX beri respon

Tidak disangka, hantaran tersebut akhirnya menerima balasan daripada PMX. Menerusi respon yang dikongsikan, beliau membalas dengan nada berseloroh sambil mendoakan agar kanak-kanak itu terus bersemangat menuntut ilmu.

“Wassalam. Amboiii selamanya dia minta.

“Semoga jadi anak yang rajin baca buku dan pergi sekolah. Sampai hari cuti nanti pun dia nak pergi sekolah,” ujar PMX.

Screenshot 2026 08 06 173639

Susulan respon balas tersebut, ibu kepada kanak-kanak itu sekali lagi memohon maaf atas gelagat anaknya.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka anaknya boleh terfikir untuk menghantar mesej secara terus kepada Perdana Menteri.

Dia turut menghargai kesudian PMX meluangkan masa membalas mesej tersebut walaupun sibuk dengan urusan rasmi.

Screenshot 2026 08 06 173650

Perkongsian itu terus meraih perhatian warga maya yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai satu momen yang comel dan menghiburkan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.