in

Warga Emas Tolong Lelaki Tak Cukup Duit Dengan Cara ‘Halus’ Ni Jadi Inspirasi

Pakcik Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas telah membuka mata dan menjadi inspirasi ramai orang lepas dia buat satu kebaikan. Meskipun tindakan tu tak sebesar mana, tetapi ia berjaya mengubah cara orang lain berfikir.


Menurut Coconuts, tweet seorang wanita viral baru-baru ni menceritakan tentang pakcik dari Filipina tu yang berhati mulia sebab bantu seseorang yang memerlukan.

Apa yang membuatkan wanita tu dan ramai lagi netizen lain tersentuh is because pakcik berkenaan bantu guna cara ‘halus’! Macam mana tu?

“Malam ni (8 Oktober), seorang lelaki dekat luar kedai runcit duduk di kaki lima sambil mengira duitnya.

Dia asyik menggaru kepala.

Dia tanya kepada guard, ‘berapa jumlahnya?’

Guard tu menjawab, dan dia tak berkata apa apa. Cuma terus mengira (duit).”

Menurut Celina, kejadian tu berlaku di kedai runcit dekat Boni, Bandar Mandaluyong dan dia sendiri menjadi saksi bagaimana pakcik tu membuka matanya dengan kebaikan yang dilakukan.

Seorang lelaki yang berada dekat kedai runcit tu dikatakan tidak cukup duit untuk membayar susu tepung. So, pakcik tu berniat untuk membantu.

Meskipun duitnya tak banyak mana, dia tetap berusaha juga kira berapa banyak duit yang dia ada untuk bantu lelaki tersebut.

Ketika kejadian jam 7.30 malam tu, Celina beritahu yang dia berniat untuk membayarkan bil lelaki tersebut tapi menurut guard, lelaki tu sendiri menolak.

“Saya mahu berikan wang dan beritahu guard untuk berikan padanya (lelaki dalam kedai runcit). 

Guard tu berkata, ‘Dia takkan amik, puan. Saya dah cuba beri (duit) pada dia tadi.”

Runcit
gambar hiasan

Disebabkan lelaki tersebut berkeras taknak terima duit, pakcik tu dapat satu idea untuk membantu. Dia minta izin pada Celina untuk tolong berikan duit tu pada lelaki berkenaan. Nak tahu macam mana pakcik tu buat?

Lepas ambil duit dekat Celina, pakcik tu lipat not kertas tu dan berjalan ke arah lelaki tersebut, membongkok, sentuh belakang dia dan cakap,

(Duit) ini jatuh dari poket kamu.”

Sambil cakap tu, dia serahkan duit yang dia dah lipat tadi kepada lelaki tersebut. Tapi, lelaki tu berkata yang duit tu bukan milik dia. Pakcik tu balas,

Saya nampak (duit) ni (jatuh) dari (seluar) kamu. Kamu punya ni.”

Lelaki tu kemudian ambil duit tersebut dan ucap terima kasih sebelum bergegas masuk kedai runcit untuk bayar susu tepung yang nak dibeli. Celina yang nampak cara pakcik tu akui tersentuh.

“Pakcik tu pandang saya dan senyum. Hati saya tersentuh. Pakcik tu faham bahawa kita perlu ada maruah untuk membantu, itulah yang dia lakukan.”

Maksud pakcik tu, kalau nak tolong kita kena tetap jaga air muka mereka yang dibantu. Yelah, mesti dia malu sebab tak cukup duit, so sebab tu dia tak terima duit daripada orang lain.

Duit
gambar hiasan

“Secara jujurnya,  sebelum tu saya berfikir cukup sekadar kita ada keinginan untuk membantu, Bila guard tu cakap dia taknak ditolong, saya dah bersedia untuk pulang.

“Tetapi sebaliknya pakcik tu mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dengan situasi tu. Maruah ketika memberi atau membantu.

“Malam tadi saya belajar apa makna sebenar dalam memberi.”

Netizen yang membaca thread dari tweet Celina tu rata-rata akui turut tersentuh dengan kebaikan dan cara yang ditunjukkan oleh pakcik tu. Moga jadi inspirasi orang lain!

Nota: Gambar digunakan adalah sekadar hiasan

Baca: Walaupun Tak Sempurna, OKU Ni ‘Volunteer’ Tolong Jaga Trafik Sesak

Iking Traffic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.