in

Walaupun Tak Sempurna, OKU Ni ‘Volunteer’ Tolong Jaga Trafik Sesak

Iking Traffic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kiralah sesuatu perkara tu dah berlaku berapa lama sekali pun, tapi kalau memang memberi kesan mendalam dan buka mata orang ramai, sampai bila-bila kita akan ingat. Betul tak? Macam cerita inspirasi ni yang dah berlaku 2 minggu lalu tetapi masih jadi sebutan ramai.


Menurut Nextshark, seorang lelaki kelainan upaya jadi perhatian dan tak putus-putus dapat pujian ramai orang disebabkan amalan baik dia buat.

Melalui satu posting di Facebook oleh Gian Garcia, lelaki dikenali sebagai Iking tu famous lepas video menunjukkan dia jaga trafik sesak sambil bertongkat mula viral.

Posted by Gian Garcia on Tuesday, September 25, 2018

Kejadian tu berlaku dekat satu jalan raya sibuk terletak di Paco, salah satu daerah di Manila, Filipina. Apa yang buat orang ramai tersentuh, Iking buat kerja tu dengan ikhlas sebab jelas senyuman terukir kat wajah dia.

Bukan setakat senyum, Iking, 32, memang nampak bersemangat and seronok membantu pengguna jalan raya yang ada dekat situ. In fact, dia siap ada wisel tauuuuu! Mesti dia rasa happy sebab dapat tolong!

Iking

Iking 0

Orang ramai yang baca kisah tu dekat Facebook semua panggil Iking ‘hero’ dan menurut dorang, dia dan isterinya tinggal berdekatan kawasan tu.

Rupa-rupanya dia memang selalu volunteer buat kerja ni. Dorang kata, tak kira panas atau hujan memang Iking akan tetap teruskan kerja volunteer dia untuk kawal lalu lintas pada waktu pagi dan petang.

Iking 5

Iking 3

Tersentuh dengan apa yang dilakukan Iking tu, Garcia pun buat keputusan untuk beri wang sebanyak 100 Peso (RM22) sebagai tanda terima kasih. Dia juga berharap yang video tu akan buat semua orang lebih positif dalam kehidupan dan jadikan inspirasi untuk kejar apa yang dimahukan meskipun ada kekurangan.

Iking 1

Iking 2

Admin tengok video pun boleh tersenyum. Kekurangan bukan sebab untuk kita tak happy dengan hidup. Moga Iking terus happy buat kebaikan macam ni!

Baca: Kisah Inspirasi Lelaki OKU Kudung Sebelah Kaki, Selama Bekerja 12 Tahun Tak Pernah Minta Cuti

Hi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.