in

Warga Emas Terkejut Kaki Digigit, Disangka Biawak Rupanya Anak Buaya

3Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas berusia 65 tahun terkejut ketika melangkah kaki keluar rumah pada waktu pagi apabila digigit oleh seekor binatang.


Dalam kejadian yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka itu, Faridah Abd Ghani menyangkakan kakinya digigit oleh seekor biawak. Namun selepas beliau memanggil anaknya, ternyata kakinya telah digigit oleh seekor anak buaya.

Bila anak lelaki mak cik tengok betul-betul baru dia tahu haiwan itu adalah anak buaya kerana jika biawak sudah tentu ia lari,” katanya.

Memetik laporan Buletin TV3, anak wanita warga emas itu telah menekup anak buaya yang mengangakan mulutnya itu dengan tudung saji dan menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Video anak buaya dirumah mangsa boleh dilihat di bawah.

Kecurigaan mengenai kehadiran anak buaya itu timbul berikutan mangsa pernah melihat kelibat buaya berenang di perairan pantai Tanjung Bidara sebelum ini. Dengan lokasi rumahnya yang berdekatan pantai, secara tak langsung telah menguatkan teori beliau.

Faridah walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat gigitan itu. Pihak APM telah tiba di lokasi kejadian dan berjaya menangkap anak buaya itu yang dipercayai tersesat dari habitat asalnya.

Sumber: X Buletin TV3

Baca: Tular Video Lelaki Makan Telur Buaya Hingga Raih Perhatian Dr Zulkifli, Rupa-rupanya…

Screenshot 2023 10 01 At 1.26.36 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.