in

Warga China Kantoi Tipu Duit Rakyat Malaysia di Genting Highlands

Lady

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Okay guys, orang Malaysia ni memang terkenal dengan sikap yang baik dan murah hati. Sebab tu lah kadang-kadang ramai yang mengambil kesempatan ke atas orang dekat Malaysia ni.


Menurut WORLD OF BUZZ, beberapa hari lepas, ada satu group penipu dari negara China kantoi tipu duit rakyat Malaysia di Genting Highlands. Seorang netizen, Jeff dah upload video di Facebook dengan niat nak beri amaran kepada orang ramai supaya tak tertipu dengan mereka ni especially pengunjung di tanah tinggi tu.

Wwob1
sumber: wob

Dalam Facebook miliknya, Jeff menulis:

“Sila berhati-hati dengan orang dari China ni. Dorang kata takde duit nak makan dekat Genting Highlands dan anak mereka yang belajar di KL menunggu wang dari mereka.

“Mereka akan memperdaya korang untuk dapatkan duit. Dua rakan sekerja saya pinjamkan mereka sebanyak RM100 dan sorang lagi RM200 semalam. Mereka janji nak pulangkan duit tu esok.”

Tapi, esoknya, penipu tu dah terkantoi dengan Jeff dan supervisornya yang ternampak dorang still mintak duit daripada orang lain pulak. Bila bersemuka, dorang senyum dan cuba bagi macam-macam alasan. Tapi Jeff dan supervisornya tidak mengendahkan mereka dan menyuruh mereka memulangkan semula duit yang dah dipinjamkan kepada mereka.

Wob2
sumber: wob

Salah seorang rakan sekerja kata,

“Saya tunggu panggilan telefon daripada awak pagi ni tapi tak ada. Masalahnya, saya nampak awak mintak duit daripada orang lain pulak. Pulangkan je duit yang saya dah pinjamkan kepada awak semalam.”

Tambahnya lagi, “So, korang ada enam orang and korang dah belanjakan RM200 untuk makan? Makan apa ni? Abalone?”

Wob3
sumber: wob

Difahamkan mereka hanya pulangkan separuh daripada duit yang dah dipinjam. Post ni dah jadi viral dengan 8,000 shares dan ramai yang turut memberitahu pernah ditipu oleh orang yang sama.

“Dorang ni penipu! Saya pernah berjumpa dengan mereka di Balakong dan mereka juga pernah mintak nak pinjam duit daripada saya. Nasib baik saya tak layan.”

“Saya terserempak dengan dua lelaki yang nak pinjam duit beberapa minggu yang lalu. Dia kata takde duit nak makan.”

So, korang harap hati-hati dengan mereka ni yang tak malu nak tipu dan ambil duit orang. Disebabkan orang macam dorang ni lah, ramai yang takut nak buat baik kepada orang yang betul-betul memerlukan.

Kemain menipu orang!

Baca: “Tak habis-habis nak menipu” – Boy Iman Dikecam Lepas Tipu Dapat PhD Dari UM

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.