in

Warga Asing Tidak Dibenarkan Ke Masjid Sekiranya Kapasiti Jemaah Ditambah Dalam Masa Terdekat

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini dilihat pertambahan jumlah kes melibatkan warga asing, berbeza dengan kes tempatan yang dilihat mendatar atau menunjukkan tren penurunan.


Justeru itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata warga asing tidak dibenarkan ke masjid untuk solat jumaat atau berjemaah sekiranya kapasiti jemaah ditambah dalam masa terdekat, lapor Malaysia Gazette.

57791B1172A18D8Cdddce0641Dc3D2F9

Jelasnya pada masa sama kerajaan ingin memberi keutamaan tersebut kepada masyarakat tempat untuk mengimarahkan rumah Allah.

Kebenaran tambah jumlah jemaah tertakluk keputusan Yang Di-pertuan Agong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta negeri-negeri yang beraja di bawah kuasa sultan masing-masing.

“Namun pertambahan jemaah jika dibebarkan tidak akan termasuk warga asing untuk bersolat Jumaat dan jemaah dan hanya untuk warga Malaysia sahaja.

Selangor Mansion 1 1586773201

Beliau berkata kes positif Covid-19 masih tinggi dalam kalangan warga asing, justeru tindakan seperti itu perlu diambil dalam mengekang penularan wabak tersebut.

 

Baca : Kita bersedia untuk melangkah menuju exit-plan; 6,277 Buah Masjid & Surau Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Pada Hari Ini Di Seluruh Negara

Baca 4

Sumber: MalaysiaKini
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.