in

“Kita bersedia untuk melangkah menuju exit-plan” – 6,277 Buah Masjid & Surau Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Pada Hari Ini Di Seluruh Negara

Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kita dapat lihat kadar kes baru Covid-19 di negara ini semakin hari semakin berkurangan, kita juga dapat lihat semakin banyak kelonggaran ketika musim PKPB ini.


Terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan perkembangan terkini dimana sebanyak 6,277 Buah Masjid dan Surau telah dibuka secara bersyarat untuk menunaikan Solat Jumaat pada hari ini.

 

Saya yakin kita bersedia untuk melangkah menuju “exit-plan”

101216338 3363713050359140 8849012856155275264 O

Menerusi laman Facebook rasmi milik beliau, terdapat juga 4,353 buah masjid & surau di buka secara bersyarat untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri masa 24 Mei 2020 lepas.

Tempat ibadat ini telah dibuka bermula 15 Mei 2020 di seluruh negara secara bertahap dan bersyarat.

” Ia tetap membuktikan kesungguhan dan komitmen pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan Garis Panduan Solat Jumaat dan Solat Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang telah dicadangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 pada 8 Mei 2020.”

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa agama negeri-negeri juga diminta untuk mengambil serius prosedur standard operasi sepertimana yang beliau pernah nyatakan dalam sidang media pada 14 Mei 2020.

“Umat Islam juga diseru agar mematuhi setiap prosedur standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Katanya lagi, sekiranya tahap kepatuhan kepada garis panduan sudah konsisten mencapai 100% dalam tempoh masa yang sesuai bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, saya yakin kita bersedia untuk melangkah menuju exit-plan

Bagi pembukaan masjid dan surau dalam norma baharu. Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini berlalu pergi dan kita boleh kembali mengimarahkan rumah Allah SWT dengan hati yang gembira dan tenang.

 

Baca : [TERKINI] Solat Jumaat &  Berjemaah Dibenarkan di Masjid, Surau Terpilih di Wilayah Persekutuan – Dr Zulkifli

Mufti

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.