in

Wanita Terpaksa Botakkan Kepala Selepas Mewarnakan Rambut 4 Kali di Salun

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya trend mewarnakan rambut adalah satu trend yang tidak asing lagi. Ramai orang boleh dilihat memperagakan rambut mereka dengan bermacam warna mengikut pilihan masing-masing.


Namun jika anda berminat untuk mewarnakan rambut, anda perlu ambil tahu tentang bahan kimia yang terkandung dalam pewarna tersebut. Yelah mana tau ada bahan kimia yang membahayakan.

Hal yang sedemikian telah berlaku kepada seorang wanita di China, apabila dirinya berakhir menjadi botak selepas mewarnakan rambutnya sebanyak empat kali di sebuah salun rambut.

Woman Suffers Burns On Scalp World Of Buzz
sumber: setn

Menurut World Of Buzz, wanita yang mahu dikenali sebagai Deng itu telah pergi ke sebuah salun untuk mewarnakan rambutnya pada 1 Ogos yang lalu. Keseluruhan proses itu telah mengambil masa tujuh jam dan dia terpaksa melalui proses pewarnaan sebanyak empat kali.

Disebabkan sebelum ini dia mempunyai rambut berwarna hitam maka dia terpaksa melalui proses bleaching terlebih dahulu bagi mendapatkan warna yang diinginkan.

Woman Suffers Burns On Scalp And Forced To Go Bald After Dyeing Hair In Salon World Of Buzz 3
sumber: ettoday

Menurut pendandan rambut tersebut, proses mewarnakan rambut Deng terpaksa dilakukan sebanyak dua kali disebabkan warna yang dikehendaki masih belum konsisten. Sewaktu itu, Deng sudah mula mengadu bahawa kulit kepalanya rasa terbakar namun pendandan rambut tersebut mengatakan ia adalah perkara yang normal.

Sewaktu mewarnakan rambutnya pada proses ketiga, Deng masih mengadu bahawa kulit kepalanya berasa sakit dan menyalahkan kualiti produk yang digunakan pendandan tersebut. Namun pendandan tersebut tetap percaya akan kualiti produknya serta menyambung proses berkenaan.

Namun selepas mencuci, Deng mendapati warna rambutnya bertukar menjadi hijau epal dan bukannya ash green seperti apa yang dia mahukan. Berang dengan tindakan pendandan rambut tersebut, Deng menuntut untuk menukar warna rambutnya kembali kepada warna hitam.

Woman Suffers Burns On Scalp And Forced To Go Bald After Dyeing Hair In Salon World Of Buzz 1
sumber: ettoday

Sewaktu proses inilah, kesakitan kulit kepalanya menjadi lebih teruk hinggakan Deng menangis dek kerana tidak dapat menahan kepedihan. Pendandan tersebut yang panik dengan keadaan itu dengan pantas membasuh perwarna di rambut Deng.

Deng kemudiannya dihantar ke hospital dimana pakar dermatologi telah mengesahkan bahawa Deng mengalami kejutan “Anaphylactic” akibat tindak balas alergi pewarna rambut berkenaan. Pakar tersebut juga mengatakan bahawa kulit kepala Deng telah diliputi dengan bahan kimia sebanyak 40%.

Woman Suffers Burns On Scalp And Forced To Go Bald After Dyeing Hair In Salon World Of Buzz 2
sumber: ettoday

Pakar dermatologi berkenaan tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencukur rambut Deng sehingga botak kerana takut baki pewarna tersebut akan memberikan reaksi yang lebih membahayakan.

Ketika ditemubual, Deng meluahkan kekesalannya dengan mengatakan bahawa dia amat sayangkan rambutnya dan dia tidak boleh menerima penampilan botaknya sekarang.

Deng membuat keputusan untuk memfailkan saman ke atas salun tersebut bagi kos perubatan, kos rambut palsu dan perbelanjaan lain yang berjumlah 60,000 yuan (RM38,867) keseluruhannya.

Pendandan rambut tersebut yang mengatakan dia tidak pernah alami insiden sebegini akur dengan tuntutan Deng dan bersetuju untuk membayar yuran perubatannya berjumlah 2,600 yuan (RM 1,684).

Kepada gadis diluar sana yang berhasrat untuk mewarnakan rambut, pastikan bahan kimia pewarna selamat digunakan terlebih dahulu. Nanti, tak pasal-pasal kena botak…

Baca: Lelaki Bayar RM400 di Salun Tetapi Terima Potong Rambut Stail ‘Mangkuk’

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.