Wanita Terkejut Dapat Tahu Yang Teman Lelaki Masih Dimandikan Oleh Ibu

Tambah ke Sumber Pilihan
Wanita Terkejut Dapat Tahu Yang Teman Lelaki Masih Dimandikan Oleh Ibu

Hubungan erat dengan ibu kita memang bagus, tak perlu rasa malu kalau nampak ibu suapkan makanan, peluk, dan cium pipi semua, tapi kalau sampai mandikan bila dah dewasa tu…ermm….

Perkara ini nampaknya berlaku setelah seorang pelajar kolej wanita dari Taiwan ini dapat tahu yang teman lelakinya itu terlalu rapat sampai rasa lain macam.

“Nak pergi mandi kejap, mak dah tunggu.”

Ia dikongsikan menerusi sebuah forum yang dikenali sebagai Zuvio, menurutnya, ia mula diketahui setelah dia tinggal bersama keluarga teman lelakinya ini ketika ingin menyambut perayaan CNY.

Dalam posting tersebut, dia menceritakan bahawa ada satu ketika itu teman lelakinya memberitahunya bahawa dia kena mandi, tapi apa yang mengejutkannya adalah apabila dia terdengar teman lelakinya itu mengatakan bahawa ibunya sedang menunggunya.

Pada mulanya, wanita yang pada ketika itu sedang khusyuk menghadap komputer anggap yang dia mungkin main-main sambil tanyakan….

Ibu Mandikan Bf 4Sumber: Zuvio

“Kamu dah masuk kolej tapi mak masih mandikan ke?”

“Yelah, apa yang nak terkejutnya?”, respon teman lelakinya menurut WORLD OF BUZZ.

Pelik dengan pendedahan itu, wanita ini menyatakan bahawa dia tidak pernah dengar orang lain melakukan perkara sebegitu dengan melabelkan bahawa lelaki tersebut sebagai ‘anak mak’.

Malah, kata wanita ini lagi, teman lelakinya itu pelik dengan reaksi wanita ini dan menegaskan bahawa ianya satu perkara biasa.

Dalam perkongsian itu lagi, normal atau tidak normal bukanlah persoalannya, dia pada waktu itu hanya ingin mendapatkan pendapat netizen samada adakah dirinya yang melebih-lebih.

Breakup je la – Netizen

Dengan pertanyaan itu, respon daripada netizen kebanyakannya meminta wanita itu untuk tinggalkan teman lelakinya.

Ibu Mandikan BfSumber: Zuvio
Terjemahan: Kalau esok lusa nanti kau mandi dengan dia, mesti dia panggil kau dengan nama mak dia
Ibu Mandikan Bf 2Sumber: Zuvio
Terjemahan : Teruknya, breakup je la dengan dia tu
Ibu Mandikan Bf 3Sumber: Zuvio
Terjemahan : Kalau dia masih kecil lagi tu tak apa lah

Korang rasa normal ke benda ni?

Baca : Isteri Pelik Suami Hilang Di Rumah, Rupa-Rupanya Sedang Menangis Tonton Boruto

Cats 11

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Wanita Terkejut Dapat Tahu Yang Teman Lelaki Masih Dimandikan Oleh Ibu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/wanita-terkejut-dapat-tahu-yang-teman-lelaki-masih-dimandikan-oleh-ibu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM