in

Isteri Pelik Suami Hilang Di Rumah, Rupa-Rupanya Sedang Menangis Tonton Boruto

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat mereka yang sering menonton filem atau drama, harus diakui kita semua pernah menangis apabila tiba di babak yang menyedihkan atau melibatkan kematian watak penting.

Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok dari negara seberang yang memperlihatkan seorang isteri terkejut apabila suaminya tiba-tiba menangis pada waktu malam.


1 1

3 2

Menurut wanita tersebut, dia pada mulanya pelik kerana suaminya tiada di bilik pada waktu malam. Selepas dicari, rupa-rupanya suaminya sedang menonton filem, namun ada sesuatu yang pelik berlaku.

Wanita ini melihat suaminya sedang menangis teresak-esak, dan tangisannya semakin lama semakin kuat. Jelas wanita ini, dia tidak pernah melihat suaminya menangis seteruk ini.

Wanita ini kemudiannya bertanya kepada suaminya sebab disebalik tangisan ini. Jelas lelaki ini, dia menangis disebabkan oleh anime Boruto di mana Kurama mati.

@yoppitanjuang

Kurama jago bgt bohong nya 😭😿💔 Kurama selalu ada dihati 😢❤️ #fyp #fyp #naruto #kurama #sayonarakurama #anime #boruto216 #baryonmode

♬ Orange 7 – Anime Quotes

Untuk rekod, Kurama ialah watak penting di dalam anime Naruto dan Boruto dan merupakan raksasa pendamping kepada watak Naruto.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memahami situasi yang dihadapi oleh suami wanita ini. Ada juga berpendapat bahawa ia adalah normal apabila lelaki menangis hanya kerana anime.

Kematian Kurama pasti menyentuh hati peminat anime Naruto.

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.