in

Wanita Tendang Kemaluan Teman Lelaki Kerana Enggan Membeli Buah

Page 4

Biasa lah kan kalau wanita merajuk dengan teman lelaki, tapi kes ini agak dahsyat dan luar biasa kerana seorang lelaki ditendang di bahagian kemaluannya oleh teman wanita!

Shaq Oh Snap Shocked Ouch Yikes

 

Yang menjadikan isu ini lebih hangat diperkatakan adalah, teman wanita lelaki itu berbuat sedemikian hanya kerana tidak dibelikan buah.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai buah-buahan di Beijing, China. Pasangan ini singgah di kedai tersebut semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dan wanita itu meminta teman lelakinya untuk membeli sedikit buah-buahan untuknya.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan membelikannya. Tidak pasti buah apa yang wanita itu minta, namun lelaki tersebut menolak untuk membeli kerana menurut beliau harga yang dijual di kedai itu agak mahal.

Pasangan itu mula bertengkar di hadapan penjaga kedai dan wanita itu menuduh teman lelakinya sangat kedekut kerana teragak-agak untuk membelikannya buah.

Keadaan menjadi tegang apabila wanita itu yang sedang dalam keadaan marah bertanya buat kali terakhir kepada teman lelakinya,

“Jadi, awak nak belikan saya buah ini atau tidak?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak”.

Tanya

Video dirakam oleh orang awam menggunakan telefon bimbit ini menunjukkan wanita itu tidak menghormati teman lelakinya selain memalukan lelaki itu di tempat awam.

Sebaik sahaja lelaki itu menjawab soalannya buat kali terkahir, wanita itu terus bertindak menendang teman lelakinya di bahagian kemaluan.

Tanya1

Fall
Tendangan itu menyebabkan teman lelakinya terjatuh sambil mengerang kesakitan dan memegang bahagian sulitnya itu.

Namun begitu, wanita tersebut tetap menendang teman lelakinya walaupun sudah terjatuh. Meskipun cuba dihalang penjaga kedai, kemarahan wanita itu tetap tidak reda sebaliknya cuba menendang lagi sambil bertanya berkali-kali,

“Awak nak beli buah itu atau tidak?”

“Awak nak beli buah itu atau tidak?”

“Awak nak beli buah itu atau tidak?”

K1

Lelaki itu diserang dan ditendang beberapa kali sehingga penjaga kedai buah tersebut terpaksa masuk campur dan menghalang wanita yang mengamuk itu sehingga beliau berhenti menendang teman lelakinya.

Capture

T2

Tidak pasti jika lelaki itu mendakwa teman wanitanya itu kerana menyerangnya di tempat awam dan menyebabkan kecederaan (atau kesakitan?). Tonton video itu di bawah ini.

https://www.youtube.com/watch?v=0YNVFtFxZ2Q