Sebelum ini pernah tular kisah mengenai food rider terpaksa mengambil order walaupun di waktu hujan kerana ia adalah sumber pendapatan mereka.
Bagaimanapun, sebagai manusia, sudah semestinya kita rasa tak sampai hati tengok mereka bersusah payah meredah hujan demi memudahkan kita. Perasaan ini juga turut dirasai oleh seorang wanita yang berkongsi kisahnya di TikTok.
Artikel berkaitan : “Tak perlu risau” – Tak Sampai Hati Ambil Order Masa Hujan, Abang Rider Minta Netizen Jangan Risau Sebab…
Artikel berkaitan : “Pasrah Sangat Tu Bang” – Penghantar Makanan Redha, Wanita Bersama Jubah Konvo Ajak Bergambar
Menurut wanita ini, dia telah memberikan tips sebanyak RM 300 secara tunai kepada rider tersebut kerana melihat cuaca yang sedang hujan.
Sampai sahaja penghantar makanan itu di depan rumahnya, wanita ini ambil dan ‘selitkan’ duit tips tersebut kepadanya. Hatinya bertambah sebak apabila dia mendapat tahu bahawa penghantar makanan itu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan memuji kerajinan individu ini.
@sugardollbynn Kdg2 Allah hadirkan kita cerita dpn mata utk pengajaran. Dlm rezeki kita ada rezeki org lain.akk percaya selagi mana kite berusaha, selagi tu la allah akan hadirkan bantuan dan izinkan kita utk menuai hasil usaha kita. Yg penting jgn malas. Kalau malas elok mampos😂 Because to be honest each of us sedang struggle dan berjuang dlm cerita masing2, akk doakan semoga urusan kalian dipermudahkan. Yg mana mcm biawaj hidup, bnyk alasan. Akk doakan korg jd malu dgn diri sendiri sbb abg ni yg OKU lg rajin dr kita yg sempurna. Kepada kalian, klu ternampak akk dkt bazaar jgn lupa hi ok? Nti kite sama2 kongsi rezeki! Salam ramadhan! #ramadhan #grabfood #grabrider #motivationalvideo #fyp
Video yang meraih lebih daripada 1.1 juta tontonan ini telah meruntun hati netizen, rata-rata ikut sebak apabila mengetahui keadaan penghantar makanan itu.
Bahkan, ada yang tumpang gembira kerana mereka mempunyai suami yang melakukan pekerjaan yang sama dan faham perasaan penghantar makanan ini.
Para rider sudah pastinya gembira mendapat tips biarpun RM10, sampaikan ada yang nak belanja isteri makan di luar bila dapat rezeki seperti ini.
Rezeki tak pernah salah alamat, mudah-mudahan ia jadi panduan kepada kita untuk lebihkan memberi, terutamanya ketika bulan Ramadan nanti.
Sumber : TikTok