Nampak mudah, tapi belum tentu semua orang boleh buat.
Tindakan mulia seorang penghantar makanan ini telah menjadi tumpuan netizen di Threads dan membuatkan ramai orang terharu melihatnya.
Kejadian yang tular menerusi satu video berdurasi 1 minit 47 saat itu memperlihatkan individu ini membantu seorang warga emas OKU yang berkerusi roda mengalihkan tempatnya dari cuaca bawah panas terik.
Artikel berkaitan: Muka Dikatakan Sama Macam Arwah Adik, Penghantar Makanan Terima Tip Lebih Daripada Pelanggan
Artikel berkaitan: Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat Merah
Terima kasih orang baik – Netizen
Berdasarkan komen netizen, lokasi kejadian ini berlaku didakwa di kawasan Melawati Mall, penghantar makanan tersebut dilihat menyorong kerusi roda warga emas itu ke tepi dan membawa warga emas itu ke tempat yang lebih redup.
Warga emas itu dilihat begitu gembira dan sempat berbual dengan penghantar makanan itu. Lebih mengharukan lagi, saat ingin beredar netizen dapat perhatikan reaksi penghantar makanan tersebut seolah-olah berat hati meninggalkan warga emas tersebut bersendirian.
Biarpun waktu kejadian masih belum dikenal pasti, ramai netizen terharu melihatnya. Rata-rata mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar penghantar makanan ini sentiasa dimurahkan rezeki, dapat tempahan banyak dan dilindungi daripada sebarang ancaman di atas jalan.

Sumber: Threads
