in

“Tak perlu risau” – Tak Sampai Hati Ambil Order Masa Hujan, Abang Rider Minta Netizen Jangan Risau Sebab…

Rider3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar penghantar makanan berdiri depan rumah orang masa tengah hujan lebat viral di media sosial sebelum ini telah mendorong netizen yang dikenali sebagai @sitiawe untuk membuat satu vote di IG Story miliknya.

Ia memandangkan gambar itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang kesian tengok abang rider tu dan ada juga yang kecam dengan tuan rumah yang pergi buat tempahan masa hujan.


Dalam gambar undian tu, @sitiawe bertanyakan soalan samada kita sebagai orang awam akan membuat pesanan atau tidak kalau waktu hujan.

 

Order Grab/Foodpanda tak kalau hujan?”

Env35Icvgaebwp0

Hasilnya rata-rata memilih untuk tidak membuat sebarang pesanan. Namun begitu, @sitiawe ada mendapat kiriman mesej daripada salah seorang penghantar makanan memohon agar teruskan hantar pesanan.

Bagi mereka pesanan itu penting, walaupun pada waktu hujan mereka tetap akan menjalankan tugas mereka biarpun akan ada sedikit gangguan (lewat penghantaran) memandangkan pendapatan mereka bergantung kepada jumlah tempahan yang dapat diberikan.

Env35Ibuyamyxpd

Kata indiviu tersebut, dia faham ramai netizen bersimpati kepada mereka. Tetapi, itu adalah pilihan mereka untuk membuat kerja seperti itu.

“Sila lah buat. Ia satu-satunya cara untuk kami menambahkan pendapatan kami. Kami hargai mereka yang bersimpati, tapi tugas itu adalah pilihan kami. Jadi, tak payah risau pasal hujan, cuma minta untuk sabar je, mungkin kadang-kadang lewat,”

Gambar perkongsian ini telah dikongsikan semula oleh @loeykinn di Twitter dan mendapat perhatian netizen sehingga meraih 18.3K jumlah retweets selepas 4 hari ia dikongsikan.

 

“Rupanya lagi suka kalau dapat order”

Akui, dirinya tergolong dalam kumpulan ‘tidak’ untuk ambil pesanan ketika waktu hujan, ia menyedarkan wanita ini bahawa sebenarnya abang rider ini lagi suka kalau ada tempahan.

Ada juga netizen yang tetap dengan pendirian mereka untuk tak ambil order, bukannya apa mereka bimbang dengan keselamatan penghantar makanan ini. Yelah sekarang musim hujan, agak bahaya kalau ada atas jalan terutamanya mereka yang menunggang motor kan?

Bagaimanapun, rata-rata netizen tersentuh apabila terbaca mesej ini. Mereka tak kisah pun redah hujan sebab itu income diaorang. Cuma, kita kalau dah order masa hujan dan lambat sampai janganlah marah-marah diaorang.

 

Baca : ‘Error’ Banyak Kali Masa Order Makanan, Budak Umur 7 Tahun Terkejut Bila 42 Rider FoodPanda Sampai Depan Rumah

Error

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.