in

Wanita Konsisten Bayar Hutang PTPTN Terkejut Terima E-mel Tunggakan Sebanyak RM9,484

Ptptn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang netizen bernama Fatheem Meleana baru-baru ini memuat naik status di Facebook tentang perihal PTPTN. Menurut Fatheem, dia menerima e-mel daripada pihak PTPTN secara tiba-tiba mengatakan dia mempunyai tunggakan sebanyak RM9,484.74.


Pt1
sumber: facebook

Ingin merungkai persoalan tersebut, Fatheem terus menghubungi PTPTN:

Saya dapat e-mel yang menyatakan saya masih ada tunggakan sebanyak RM9,000. Saya cuma mahu pastikan, dari mana datangnya jumlah sebanyak ini? Sebab kalau nak diikutkan statement, saya tidak pernah terlepas bayar sejak tahun 2010.”

Daripada jawapan yang diterimanya, jumlah tunggakan itu bermula sejak tahun 2007 selepas Fatheem tamat pengajian di universiti.

Doctor Who Doctor Who What Mad Annoyed Gif

Fatheem kemudian berkata,

Sejak 2017? Ye, saya ada on off bayar, sebab pernah menganggur dan bila saya mula kerja saya bayar on off mengikut kemampuan memandangkan gaji kecil waktu itu. Saya mula disiplin bayar pada tahun 2008, hinggalah saya dapat tawaran untuk tukar ke pelan Ujrah. Selepas itu, saya teruskan bayar setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi, saya sentiasa ingat jumlah baki dalam statement saya setiap bulan. Tiba-tiba saya terima e-mel ini.”

Pegawai itu kemudian menjawab dengan jawapan yang menaikkan kemarahannya,

Maaf puan, tunggakan ini adalah jumlah sebelum tukar ke pelan Ujrah. Jumlah tunggakan ini tidak dikemaskini dalam statement puan selepas ditukar ke Ujrah. Jadi jumlah tunggakan ini terbiar begitu sahaja.”

 No Angry Community Frustrated Screaming Gif

Fatheem menjawab,

Macam mana boleh macam itu? Kenapa PTPTN tidak beritahu saya awal-awal semasa saya dapat tawaran Ujrah, dan inilah jumlah saya kene langsaikan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tak dapat peringatan?”

Pegawai itu kemudian terus memberitahu Fatheem untuk pergi ke kaunter PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penerangan yang lebih jelas tentang hutangnya itu.

Siapa tak bengang kan kalau bayar setiap bulan bertahun-tahun, tanpa dapat apa-apa surat peringatan, tunggakan terbiar selama 9 tahun dan mencecah sehingga hampir RM10,000!

Apa yang membuatkan situasi menjadi lebih tegang adalah, Fatheem sebenarnya mahu ke luar negara dalam masa terdekat dan tiba-tiba dapat tahu namanya telah disenarai hitam serta dilarang untuk keluar dari negara selagi jumlah tunggakan belum dilangsaikan.

Ini bukanlah kali pertama kita dengar isu PTPTN seperti ini. Seeloknya, anda pergi ke kaunter PTPTN untuk bertanya dan mendapatkan jawapan kepada segala persoalan berkenaan hutang anda. Pastikan anda sentiasa up to date dengan pembayaran dan tunggakan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.