in

Wanita Hubungi Pihak Polis dan Media Kerana Sangka Anak Diculik Pembantu Rumah, Tetapi Rupa-rupanya…..

Pagekakaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, banyak kejadian yang tidak elok tentang pembantu rumah dilaporkan oleh media dan laman berita. Kes kecurian barang-barang dalam rumah dan kes penculikan yang dilakukan oleh golongan pembantu rumah sudah lali kita dengar. Pun begitu, ini tidak menjadi sebab untuk kita menuding jari kepada mereka sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.


Menurut Malaysian Digest, seorang wanita mengesyaki bahawa pembantu rumah telah menculik anak-anaknya setelah kelibat dua anak itu tidak dapat dilihat di sekitar kawasan rumahnya. Terdahulu, wanita tersebut telah merampas telefon bimbit pembantu rumahnya kerana dipercayai ianya adalah barangan curi.

Oleh sebab insiden tersebut, wanita berkenaan segera mengesyaki bahawa pembantu rumah itu yang menculik anak-anaknya. Dalam kejadian yang berlaku di Singapura itu, wanita berkenaan kemudian segera menghubungi pihak polis dan berlegar-legar di kawasan pangsapuri demi mencari saksi.

Y1 1
sumber: zaobao

Selepas dua jam mencari dan masih tidak menjumpai, wanita itu bertindak menghubungi pihak media untuk menyiarkan berita kehilangan anak-anaknya. Pada ketika itu, seorang lelaki dikenali sebagai Bai ternampak wanita itu menangis di kawasan dek pangsapuri ketika dalam perjalanan pulang.

“Dia nampak gelisah dan mengadu anak-anaknya hilang sejak tengah hari lagi dan telah diculik oleh pembantu rumahnya.”

Tidak lama kemudian, dua orang penyiasat dan empat orang polis tiba di pangsapuri milik wanita tersebut. Keadaan menjadi kelam kabut selepas laporan kehilangan itu berlarutan sehingga beberapa jam namun ketika keadaan huru hara, seorang lelaki tiba-tiba muncul bersama dua orang anaknya.

Y2
sumber: zaobao

Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut adalah bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang membawa mereka keluar bersiar-siar di samping membelikan mainan. Apabila ditanya tentang insiden tersebut, wanita itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang keterangan lanjut dan hanya memberi komen tentang keadaan anak-anaknya yang dilaporkan selamat.

Mujurlah anak-anaknya selamat. Lain kali jangan main tuduh-tuduh je. Agak-agaknya apa sebenarnya terjadi kepada pembantu rumah yang seharian dipersalahkan tu?

Baca: Bapa Jumpa Semula Anak Diculik 9 Bulan Lalu, Terserempak Dengan Penculik Di Pusat Beli Belah

Jajaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.