in

Wanita Dirogol Secara Berkumpulan Oleh Rakan Lelaki Yang Baru Dikenalinya

Msian Woman Meets Guy In Singapore Club Gets Gang Raped By His Friends World Of Buzz 5

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Siapa yang dapat jangka kalau perkara buruk nak menimpa diri kita, bukan?

Kasihan tapi anda nilailah sendiri kisahnya…

Menurut World of Buzz, seorang perempuan telah dirogol secara berkumpulan oleh tiga orang lelaki Vietnam berwarganegara Britain.

Gadis yang berusia 23 tahun itu dikatakan telah berjumpa dengan seorang rakan kepada tiga suspek iaitu Ahn Viet Trinh, atau dikenali sebagai Richard di Zouk Club, Singapura pada 10 September tahun lepas.

Msian Woman Meets Guy In Singapore Club Gets Gang Raped By His Friends World Of Buzz 2
gambar hiasan

Ahn pada ketika itu bersama tiga orang rakannya, Tam Thanh Khong, 22, Michael Le dan Vu Thai Son yang kedua-duanya berusia 24 tahun untuk festival muzik Ultra Singapore.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai pemasaran dan komunikasi korporat di Malaysia telah bersembang dengan jejaka-jejaka tersebut pada malam itu. Selepas puas bersembang, perempuan itu kemudian meminta pertolongan Ahn untuk membawanya pulang ke bilik di Hotel Carlton.

Msian Woman Meets Guy In Singapore Club Gets Gang Raped By His Friends World Of Buzz
gambar hiasan

Lapor Straits Times, mangsa yang di dalam keadaan mabuk telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan Ahn pada jam 2.30 pagi dan kemudian tertidur di pangkuan lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, Ahn telah beredar dari bilik itu tanpa pengetahuan mangsa dan membenarkan sahabatnya Khong masuk ke dalam bilik tersebut pada jam 4 pagi. Seperti sudah dirancang, Vu masuk selepas Kong pada jam 4.25 pagi untuk mengambil peluang merogol mangsa pula.

Msian Woman Meets Guy In Singapore Club Gets Gang Raped By His Friends World Of Buzz 3
gambar hiasan

Menurut sumber, Vu dan Khong telah memasukkan jari mereka secara paksa ke dalam alat sulit mangsa. Setelah Vu selesai pada jam 4.50 pagi, Le pula mengambil giliran untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Semasa Le sedang merogol mangsa, perempuan tersebut secara tiba-tiba tersedar dari lenanya dan terkejut apabila melihat Ahn tiada di sisi. Dia kemudian memarahi Le dan memaksa lelaki tersebut keluar dari biliknya pada jam 5.05 pagi.

Tidak lama selepas itu, Ahn kembali ke bilik mangsa dan dia dituduh bersekongkol bersama-sama rakannya dalam merogol mangsa. Ish, ish, ish! 

Msian Woman Meets Guy In Singapore Club Gets Gang Raped By His Friends World Of Buzz 4
gambar hiasan

Ahn menafikan tuduhan mangsa dan akhirnya mangsa yang bengang dengan apa yang berlaku meninggalkan bilik tersebut pada jam 6.30 pagi. Dia kemudian membuat laporan polis dan keempat-empat lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Melalui rakaman CCTV di Hotel Carlton, ternyata tiga suspek didapati keluar masuk dari bilik tersebut semasa kejadian rogol itu berlaku. Tambahan lagi, pihak polis juga telah menjumpai mesej perbualan di telefon bimbit Le yang mana dia membincangkan soal hubungan seksnya dengan mangsa. Kesemua bukti ini dikemukakan semasa perbicaraan kes pada 1 Ogos lepas.

Elakkanlah diri dari berkunjung ke tempat sebegitu kalau tak mahu terlibat dalam perkara yang tidak diingini. Jaga diri dan maruah sebagai seorang wanita. Pun begitu, yang bersalah tetap harus dihukum! 

Baca: Remaja 15 Tahun Dirogol Beramai-ramai Oleh Sekumpulan Lelaki Dikenali Melalui Wechat 

Baca Rogol Rogol